✿Sarawak Blogger✿ Siapakah pencipta INTERNET - Marvin Mawan

21 Januari 2012

Siapakah pencipta INTERNET

 Selalunyakan kita tahu guna je internet ni, tapi kita pernah tak bertanya pada diri kita sendiri  siapa pencipta sebenar internet ni? 


 Sebenarnya, tiada siapa pun yang boleh dikatakan bertanggungjawab mencipta Internet. Internet sebenarnya dicipta pada tahun 1960-an sebagai satu rangkaian besar yang menghubungkan komputer-komputer di universiti-universiti terbesar dengan komputer milik kerajaan.




 Nama Internet mula digunakan seawal tahun 1985. Ada yang mengatakan ia gabungan 'Inter Networking'. Ada pula yang mengatakan 'International Network'. Rasanya kata gabungan yang pertama lebih tepat.

Internet beroperasi menggunakan dua protokol (tatacara komunikasi) utama iaitu TCP dan IP.

TCP maksudnya Transfer Control Protocol. Dalam bahasa mudah, ia menggariskan tatacara bagaimana data dipindahkan dari satu komputer ke komputer yang lain.

IP bermaksud Internet Protocol. Dalam bahasa mudah, ia menggariskan tatacara bagaimana sesuatu komputer itu menyertai jaringan komputer dan dapat dikenali oleh komputer lain yang berada dalam jaringan tersebut.

Secara mudahnya TCP dan IP ibarat Posmen,Surat dan Alamat Rumah. Setiap surat perlu ada nama penerima dan alamatnya. Posmen akan membawa surat melalui apa jua laluan asalkan dapat sampai kepada penerimanya. Jika penerima tidak wujud, posmen akan pulangkan semula surat kepada penghantar atau pejabat pos asalnya.

 Malah tahukah anda, e-mel yang sudah menjadi budaya hidup kita hari ini sebenarnya telah wujud sejak 1972 lagi.
Ia hanya dipopularkan pada tahun 1989 oleh Tim Bernes-Lee, saintis daripada Geneva setelah memperkenalkan World Wide Web atau yang lebih dikenali dengan www.
 Tu dunia alam maya, tapi kalau dunia sebenar? macam mana pulak lagi le besor networking dia sampai kat luar angkasa merangkumi bintang dan bulan. 
 emm pasal tu  bagi boy le kan ikut le kepercayaan masing-masing. melalui aliran Agama ke ataupun asal usul nenek moyang. Boy kata macam tu kan sebab penduduk kat dunia ni perbilang bangsa dan Agama. terpulang le pada seseorang individu nak kata ape?

p/s: blog ni plak siapa yg buat hehe dah tentu lah aku yang buat -_-V kalau ada silap dan salah tu maafkan aku :D

0 comments: