✿Sarawak Blogger✿ 02/01/2012 - 03/01/2012 - Marvin Mawan

28 Februari 2012

Cara Remove Timeline Facebook

huh lega hati wall face tak serabut sangat.  ok cara hendak remove senang je  download . Dan wall facebook awak akan kembali kepada wall yang    lama..                                                  

                                                                       

                                                                   LINK INI.

(clikdownload)

Time line

Setelah download link yang tersedia di atas hasilnya  akan tertera seperti ini.




27 Februari 2012

Melajukan loading on computer |tips|

Disini boy ingin kongsikan cara-cara unuk mempercepatkan proses membuka (on) computer anda tanpa mengambil masa yang lama loding.

senang dan mudah caranya simple sahaja. ok anda boleh ikut cara yang ada tersenarai kat bawah.

Langkah-langkah


1) Awak pergi ke start search klik ruangan tu dan masukan

2)Ayat ini msconfig selepas itu akan terkeluar program msconfig tersebut

3) Awak perlu klik continue

4)System configuration tersebut akan terkeluar dan Terpapar di skrin computer awak

5)Selepas itu cari petak atas sistem tersebut yang bertulis start up

6)Dan akan terpapar senarai-senarai softwear loding computer awak, Apa yang awak perlu lakukan adalah disable softwear tersebut
"boy la kan hanya tak disablekan anti virus sahaja"

7)Selepas disable klik ok 


Dan computer awak akan restart dan lebih laju daripada biasa sebelum anda melakukan proses msconfig


Berkemungkinan cara ini awak dah lama tahu. Tetapi bagi yang baru mengatahui cara ini adalah merupakan pelajaran yang terbaru bagi awak.Sekiranya awak ingin berkongsi pengalaman dan copy paste maklumat ini dengan kawan-kawan sekerja ke atau sekolej ke boy tak kisah tak marah pun.

salam buat semua
pesanan iklas
jaga diri hiasi pribadi
mr-boy


26 Februari 2012

Kisah facebook |satu|

Boleh dikatakan 2/3 penduduk dunia ini ada memiliki akaun facebook sendiri. Yang berkongsi akaun pun ada.

Bio la dia nak kongsi ke atau tak terpulang pada tuan punya milik kan hak masing-masing apala nak di kisah sangat. Manusia ni kan mempunyai cita rasa dan perangai yang berlainan,

Boy bab kongsi dan tak tu boy langsung tak nak ambik kisah sangat. Baik lelaki ke popoan ke mana yang senang di bawa sembang/chat. Boy layan ja.... kecuali masuk bab umpat mengumpat.

Terus terang boy gi tahu semua, boy  tarik diri dan keluar dari sidang dewan walaupun tajuk yang dibentangkan
sangat hangat dipasaran. Tak baik nak mengumpat orang, entah-entah kita sendiri lagi teruk.

Memang la kita sendiri tak sedar apa yang kita lakukan, tapi orang lain kalau dia dah menjelma jadi cermin macam-macam kesalahan yang kita ada. Tu le pasal, baik tarik diri dari menghadiri sidang-sidang yang segitu.

ehh...kadang-kadang boy gelak sorang pun ada bila tengok gelagat-gelagat kat facebook tu. Luahan perasaan sangat ketara sekali. termasuk la dengan boy pun sekali sekala haha.... sesaja je... nak wat mcm gitu pun.
tak niat pun hendak menyakitkan mana-mana pihak, hanya luahan merepek merapu ja.

Yang berlagak pandai, pun ada juga. dia lah loyer dia la doctor dia la pensyarah segala-galanya dia yang betul. Pantang kalau kita komen sikit dia mesti tunjuk perangai semua dia tahu. Walau tahu macam mana sekali pun.
bawa-bawa la,, sikap tu merendahkan diri.

Tak semua orang memahami jiwa kita,oleh itu tak boleh la kita main redah ja cakap tanpa memikirkan perasaan orang yang disampaikan berita tu. Agak-agak la kalau nak skema tu atau nak gurau ke. tengok keadaan sekeliling. kalau kita sorang-sorang ja kat tempat tu tak pa. Lantak la awak nak cakap apa pun.

laaa,,,,,,, dah melalut panjang dah entry boy ni. ok la. lenn kali kita sambung kisah dua pula ye...

jaga diri hiasi pribadi
kisah facebook siri |satu|

---------->

Dan akan bersambung di edisi seterusnya
kisah facebook siri |dua|


salam boy sampaikan buat semua

cara buat tulisan terbalik

awak nak tahu tak? cara buat tulisan terbalik. Ni mesti ada yang dah tahu, dan ada juga berkemungkinan tak tahu.

ok mana yang tak tahu lagi awak leh ikut cara ni.

pergi ke laman web ini-----> BUAT TULISAN TERBALIK

dan gambar kat bawah ni akan tertera apabila awak melayari web tersebut. dan ikut ja panduan kat gambar ni
awak pasti berjaya lakukan.

senang ja kan..

semoga berjaya.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 dan tips di bawah ini juga adalah satu kod yang digunakan untuk meletak cctv di dalam blog.


<div style="position: fixed; top: 0px; Right: 0px;">
<center><img src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgZDPwgsZDnedd8Bzkzp4l2xCFr9rbJBRa4AtfP55Z8i4D_YLlLOyI38L6qqiT0fzxjc2kHsL3MR22chfZkHCmU6wuGu9LiHG6nkzhP20j1jBTTzi8zPzGMgK-8Bxxbnuil7Zb2HCY0wVg/s1600/cctv.gif"/></center></div>

paste di html

Ular tedung berkepala 3

Agak-agak kan, kalau boy jumpa ular ni sorang-sorang kat hutan. Besar mana pun longkang boy ingat mesti boy leh lompat la..

gelerr la. ko ingat ape, kepala tiga tu. Kepala satu pun kalau dah mematuk leh jadi hilang nyawa beb. Kalau tiga plak mesti lagi cepat hilang nyawa. Boy tak tahu kat mana kejadian ni. sumber foto ni boy ambik kat facebook.

Tegerak hati tengok kejadian ini pelik ja.. apa lagi update entry la...

ishh..... geli aku. tak leh nak bayang la kalau ular tu ada depan mata. nak kejar pulak tu.. uitsss apa lagi
100 km sejam la jawab nya haha..

Petai gergasi

Alamak aiii, besonya. ni pakcik tu yang kecik ke atau memang petai tu besor. Tapi tengok gaya gambar tu petai tu yang besar. Ni mesti edit? tapi tak leh nak kata juga, nampak macam real ja...
sedap tu kalau buat sambalkan sebijik pun  cukup tak yah nak angan-angan perabihkan sepapan tu leh pening kepala. Sejarah ni first time boy tengok petai beso ni. Kalau semua petai kat pokok tu beso ni, loded pakcik ni.

25 Februari 2012

Kenapa lah wak ni tak faham-faham perasaan aku.

Nak boy bg tahu macam lagi yang awak nak. Boy dah sedaya upaya menyelamatkan hubungan kita sebagai seorang sahabat. Tapi awak yang suka fikir negative pasal boy, cakap boy ni  macam-macam la bukan-bukan la. Padahal boy tak buat pun pekara yang awak fikir tu.

Eh,, boy tahulah ada member lain yang cerita kat boy. Yang awak cakap boy ni orang yang pentingkan diri la sombong macam-macam awak fitnah mengenai boy. Kalau melarat ja macam gini, dunia kita sebagai sahabat ni tak kan aman.

Lain la kalau awak ubah perangai awak tu yang suka fikir negative pasal orang lain. Mengenai boy awak jangan risau  boy tak de niat pun nak benci awak. Senang ja kalau kalau berat sangat hendak memaafkan orang ni.

Doa banyak-banyak minta nasihat kawan-kawan atau pun saudara mara bagaimana hendak menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Ni buat diam ja. Sampai bila orang tak akan tahu masalah kita. Satu lagi hati tu jangan bagi keras, belajar-belajar la lembutkan harap awak faham apa yang tersirat. oh keyyy.

Mengenai boy awak jangan risau boy sentiasa berfikiran terbuka dan menyelamatkan perhubungan kita ni. sebagai seorang sahabat sejati Orang tua kata.

"kawan biarlah beribu, musuh jangan ada satu" 


Eh... betul ke pepatah aku ni.. laaa betul la tu janji awak faham boy pun faham setel.
apa susah sangat kita sesama kita. tak kan kawan-kawan pun kira kot.

22 Februari 2012

Wanita lahirkan 11 orang anak

 Pengorbanan seorang ibu. Kalau  dapat anak sebanyak tu leh buat jadi 1 team bola daaa...
meriah-meriah.. Aku teramat kagum sangat-sangat bila tengok ibu tu. Larat juge dia bawa 11 orang baby tu selama 9 bulankan.
caya la ibu ni.. 

21 Februari 2012

line aku lembab ke atau blog aku ni macam siput je loding.

Kawan-kawan, adik akak, abang atuk nek.. haaa semua aku sebut ni aku nak korang kritik la blog aku ni.

Masa korang masuk blog aku ni kan.

Loding lambat mcm siput ke ape?

Aku kalau korang tak gi tahu aku memang tak tahu. Oleh itu korang rajin-rajin le bagi tahu ok... mintak kasihan sangat-sangat ni.

Tak kan le korang tak sedih tengok aku di buli seekor binatang bernama SIPUT ni..

pstt- Lepas ko komen aku plak komen dan join blog korang, pas tu jadi kawan blogger. Kan dah dapat kawan baru antara ko dan aku. 


|


Apa nak jadi le dunia sekarang

Dah terang-terang si peragut tu yang salah. Ni nak menegak benang yang basah pula. Orang yang diragut pula disalahkan.

Entah ape-ape la sikap dia ni. Ni baru la tak de temadun namanya. Sembang kemas tapi apa pun tak de, menyusahkan hidup orang je kerja.


20 Februari 2012

Tak boleh ke nak berdamai?

haaa,, bila tengok berita ja kat tv kes-kes yang kat luar negara tu, Memanjang ada kes bom sana la bom sini la.Apa, dia orang tak fikir ke pasal 'mati' aku sedih pun ada bila tengok kehidupan kat luar sana tu [negara peperangan].

Ni sibuk sangat nak berebut tahta yang tak kekal kat dunia ni. Nasib baik malaysia ni tak de dengar cerita berhujan kan peluru dan bermandikan darah.

Jangka hayat manusia ni sekarang ni, leh dikatakan 70% akan meninggal dunia lingkungan 65thn. haa,,, tak hargai ke jangka hayat hidup kita tu. Bukan lama sangat pun kita kat dunia ni, buat apa nak berperang. kenapa tak boleh sangat ke berdamai??

Yang sedih sangat bila ingat situasi perperangan ni iaitu mengenai budak-budak. Hidup  merempat tak tentu tempat.

Nasib baik duduk kat malaysia ni aman pun aman pelbagai bangsa dan bahasa pula tu. Minta-minta la jangan jadi macam kat luar negara tu.

Ambil gambar |shot screen| tanpa softwear

caranya mudah saja.
tekan butang langkah 1 dan kedua serentak.

selepas itu

1)start search--->All programs--->Accessories--->paints

2) 

3) mudah kan boy pasti, awak pasti boleh buat.

19 Februari 2012

Aids untuk dijual

Tadi boy gi bandar, ada la juge beli barang-barang persendirian untuk 2 bulan ni kat JB. Boy kan kerja luar kawasan sepanjang dua bulan ni, dan dijangka tamat penugasan  bulan 4 ni. Kerja boy memang mcm gitu jarang duduk kerja kat ofss .

Tapi best juge kerja luar kawasan ni , haa orang kata apa? jauh perjalanan luas pemandangan, lebih kurang mcm gitu le upe nye.

ish ish.. masa aku ronda-ronda kat JB tadi. aku tengok amoi tu seksi gelirr siot sikit lagi nak cair. Nasib baik aku teringat ada satu cerite.. kat  metro mengenai pasal amoi ni. Last-last leh gak aku kawal perasaan.

huh.... cobaan le  nasib nasib.

ok stop cerite kat jb tu.
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

masuk cerite yang kat metro plak, Korang mana yang suke langgan tu baik stop le buat perangai mcm gitu ekk
bahaya karang ni ada satu cerite tergempar mengenai.

AIDS UNTUK DIJUAL 
KUALA LUMPUR: Mereka tahu bakal dijemput ajal pada bila-bila masa kerana disahkan menghidap Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (Aids) atau menjadi pembawa virus HIV.
Bagaimanapun, persiapan sebelum dan selepas mati memerlukan perbelanjaan besar. Justeru, selagi ada hayat, mereka perlu mengumpul wang sebanyak mungkin walaupun tindakan itu menyebarkan virus maut kepada orang lain.

Itulah tindakan sebahagian wanita pekerja seks dari China yang sanggup ‘berkhidmat’ di negara ini semata-mata untuk mengumpul duit mati sebanyak mungkin.

cite nye lebih kurang mcm gitu, tapi kalau u all nak cerite lebih teliti, layari le ADIS UNTUK DIJUAL METRO. k.


18 Februari 2012

Bila dah senang langsung tak ingat orang

Ramai yang bersikap gini  bila senang lupa dah kat kawan lama,  Dulu masa belum senang sama-sama mengharungi situasi susah. Kawan tu yang tolong sampai hati dah dapat gading tanduk pun dibaling.

Tak semua juga segini gaya ada gak yang baik, dan ingat mana dataran mana lautan. Yang tak baik tu tetap bermain ombak kat lautan tu dan lupa nak balik ke dataran sebab shok sangat main ombak.

Jangan dibuat sangat main ombak tu bahaya. Takut-takut terdampar pula kedarat juga pergi nya. betui ni benda pernah jadi. Ego bukan main lagi jumpa kat bandar ada yang tak mengaku saudara pula tu. chess,,,, tegamak.

Tu sesama saudara kalau kawan lagi le jadi perangainya entah-entah nampak bayang belakang je dah celok kat celah-celah banggunan takut berselisih. Konon-konon malu le tu nak sembang ngan orang susah. sebab dia dah senang. peh,,,,

bio je le hak dia,, nak wat gitu..
tak kan kita nak sibuk-sibuk nak ubah. nanti org kata
paku serpeh dia yang lebih. baik diam je, tengok je gelagat tak bekk dia tu. Jangan sombong dengan apa yang dimiliki..sebab kita ni bukan puak-puak kita je duduk kat dunia ni pelbagai bangsa pelbagai bahasa yang tengok perangai kita tu.

Tapi jangan pula nak tunjuk diri tu baik sangat sampai satu dunia nak dihebohkan. Biar orang tahu sendiri kebaikan kita kat orang jangan pula kita yang nak hebohkan tu dah minta puji nama nya.

ok lah,, aku luahkan apa yang tersirat, mana ada yang setuju dan tak setuju tu perpulang le hak masing-masing nak nilai. Aku leh terima pendapat sesiapa pun,... Jangan risau le,, small kes je tu.

17 Februari 2012

Dunia blog ni banyak mengajar aku erti jangan sombong.

Memiliki sebuah blog persendirian, memang banyak proses nak sign up kat google le, yahoo le, g-mail le
dan blogger.Dan ada lagi yang berkaitan dengan tu.

Tapi ada ke orang baca cerita kita ni, jawapan nya senang je, syer je kat face book ke. twitter ke dan banyak lagi website yang sealiran dengan tu.

oh ye,, mengenai cerita jangan sombong memang banyak ketogeri sombong tak boleh nak senarai semua. Ada yang ingat dia berilmu dan tak nak syer kat org, Ada yang rasa diri tu dah popular dah tak sedar dah mana dunia nyata mana dunia maya.

Ada juga yang ingat diri tu cantik/kacak, orang tanya khbar pun buat tak tahu, bukan orang nak ngorat pun saja je tanya khabar.Tu pun berat mulut nak jawab. Tak pe le kalau mcm tu, kita tak paksa sangat org bagi resporn ni. Terpulang le pada diri dia nak fikir ape tapi jangan le sombong.

Nak buat macam mana kan, org dah ingat diri tu cantik dan kacak berharta pula tu.Tapi jangan le show off sangat. Ramai lagi yang kacak cantik kat dunia ni termasuk aku   hihi tak de le,, aku tak senarai pun.

Ingat tu tak jadi apa kalau kita memiliki sikap sombong dan berat nak memaafkan org yang pernah buat salah kat kita. Lama-lama org jadi meluat dan benci lagi ada. Ok la,, kita fikir sama-sama pekara tu, semua dah bijak pandai dah.

Tu je pun aku nak update kat blog aku ni utk hari ni, update cerita panjang-panjang point tak de pun tak guna juga.

ok lain hari jumpa lagi
luahan iklas
mr-boy

13 Februari 2012

Bila dah boring macam ni upe gaya :)

Jom kita tengok aksi-aksi boy dlm keadaan boring. huh.... kerja byk. bai,,, naik ngantuk pun ada kat kerusi ni.

12 Februari 2012

Luahan Iklas dari hati Mr-boy

Hari ni hari yang paling sibuk buat aku. Kerja berlambak-lambak atas meja. Ada juge niat hati nak setelkan esok hari tugas yang ada hari ni. Tapi esok hari pun ada kerja yang baru yang perlu disetelkan.

Takkan aku nak setel kan kerja semalam disetelkan hari ni. Dan penugasan hari ni pun nak disetelkan hari ni  serabut le jiwa aku kalau macam tu tak lama masuk wad jadi nye.

Nak merungut pasal buat kerja tak boleh juga. Kalau tak kerja kat mana nak dapat rezeki kan. Siapa nak bagi duit makan, duit minyak moto,kereta keluarga kelengkapan baju seluar dan banyak lagi le yang berkaitan keperluan dan kehendak ni. Shukur le dengan apa yang ada.

walaupun berkerja disektor kerajaan dan tiada memiliki bisnis tersendiri. Cukup-cukup makan ada le, nak kata kan kaya tu memang tak le, Hanya mampu untuk keperluan harian tu ada.
(ala la,,,, sedihnya )
gambar hiasan


Ada orang kata duit ni bukan segala-galanya. Tapi kalau tanpa duit juge aku pun no komen memang susah nak cakap pasal pekara tu. Tapi kalau ada memiliki duit beribu-ribu ke berjuta-juta ke. Jangan le lupa ye..akan orang susah.

Kalau kita kaya macam mana pun budi bahasa tak de, sombong pula tu. takkan kemana, benda yang ada kat dunia ni tak akan kekal. meninggal je kita nanti bukan nya boleh bawa gi mati pun. Tinggal semua benda tu, hasil kekayaan harta duit, mas, kereta sport, rumah banglo dan semua harta le.

lepas tu orang akan kenang kita, "ehh dia tu dulu kalau ko nak tahu sombong sesangat, tai hidung masin plak tu"
haa,, ayat mcm gini yang tak sedap hati nak dengar tu. Memang le kita masa tu tak dengar sebab dah tiada.
Yang pastinya, keburukan kita semasa hidup orang kenang berzaman-zaman, kebaikan langsung tak de.

ya lah kan... sebagai seorang manusia ni memang tidak lari dari kesilapan, tetapi kesilapan kita boleh ubah le. tanpa bantuan sesiapa, tu pun sekiranya kesilapan tu berpunca dari kita sendiri. Tanya je "HATI" nak berubah ke tak nak. Terpulang kan tu hak individu. Bagi boy le kan hidup ni perlu berubah ke arah kebaikan walaupun menghadapi pelbagai rintangan.


............................................................................................................................................................

luahan iklas
Mr-boy.
"bermaafan adalah kunci utama pendamaian"


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

10 Februari 2012

Seram

#PESANAN# RUANGAN INI DIREKA ADALAH BERTUJUAN MENGUMPUL CERITA-         CERITA MAHUPUN VIDEO YANG SERAM DAN BOLEH MENAKUTKAN SESIAPA YANG YANG MENYAKSIKANNYA. 
UNTUK MAKLUMAT DAN PESANAN KEPADA YANG LEMAH SEMANGAT DISARANKAN MEMBAWA BANTAL UNTUK MENUTUP MUKA HEHE...
  .........COBAAANN.......
_________________________________________________
LINK CERITA TERSENARAI DI BAWAH
------------------------------------------------------------------
________________________
_____________TEST KEBERANIAN_____________

link exchange

hello

Aneh Laut Terbelah Dua di Korea Selatan

Pernah tak dengar cerita pasal laut terbelah 'moses miracle' atau 'mukjizat musa'  . Mesti pernah kan korang dengar mengenai mukjizat  musa yang membelah laut merah tapi masa mukjizat tu terjadi cerita zaman dulu  kita belum lahir lagi masa tu. 

Dalam ramai-ramai kita ni kan, ada yang tahu ada juga yang tak tahu. zaman sekarang ni pun ada juga kisah mengenai laut terbelah tapi bukan dari mukjizat seseorang.

Kejadian laut terbelah yang boy nak cerita ni sebenarnya ada tapi bukan kat malaysia. Kejadian ni berlaku di korea selatan tempatnya di pulau jindo sesiapa yang pernah kerja kat korea mahupun study kat sana mesti dia tahu mengenai cerita ni. Sebenarnya kejadian ni bukanlah sebuah mukjizat.

Tapi kejadian ini hanya sebuah kejadian pasang surut lautan.setiap dua kali setaun. Apabila air laut surut sebuah jalan sepanjang 2,8 kilometer dan lebar 40 meter terbuka ditengah-tengah lautDan menghubungkan pulau jindo dan pulau Modo selama satu jam wahhhh bestnya kan. tentu banyak serpihan batu-batu karang yang cantikan. Kalau boleh ambik kan best buat perhiasan kat umah. Tapi dah tentu kerajaan korea tak kasi kan, yang tu boy tak tahu le pula hehe.

Selama jalan laut terbelah dan  terbuka, masyarakat setempat mengadakan festival dan ramai pengunjung dari negara luar datang berkunjung menyaksikan kejadian tersebut.

Mitos- menurut legenda masyarakat setempat, seorang penduduk di pulau Jindo pada suatu hari penuduk tersebut dikejar oleh seekor harimau kemudian lari kearah pulau modo. Namun sayangnya diantara pulau tersebut terbentang lautan. kemudian penduduk tersebut berdoa kepada dewa laut, Laut tu pun terbelah dan memberikan jalan untuk melarikan diri daripada di kejar oleh harimau tersebut. mitos ni dipetik dari penduduk setempat oddity central

Jalan laut tersebut terbelah pada 18mei pada setiap tahun.Namun festival yang diadakan untuk merayakan fenomena ini diadakan tiga kali setaun. festival ini akan dikunjungi berjuta  pelancong luar negara. Dah tentu le ramaikan kejadian ni leh dikatakan pelik tapi benar.

.....................
kalaulah ada kejadian ni berlaku kat malaysia  kan best boleh juga aku save bajet tak naik flight balik sarawak dari johor hehe.





09 Februari 2012

Hidup ni kalau tak de kawan sunyi sangat (^_^) (9makna seorang kawan)

Kadang-kadang kan bila kita hidup bersendirian dan tak de kawan nak buat sembang hidup jadi tak tentu arah pun ada. Pegang tu tak kena pegang ni tak kena buat benda tu tak jadi otak blerr idea pun hilang.

"habis pegang  objek tu tak sampai macam mana nak kena" kwang kwang kwang haha kena aku balik padan muka haha

 kalau tak de kawan bagi aku la kan. Memang membosankan tak tahu nak buat apa. Tapi dalam banyak-banyak manusia ada juga yang boleh hidup tanpa kawan , kalau aku lah kan memang serabut hidup kalau tak de teman sembang-sembang.

Tapi kawan ni kan tak semua memahami diri kita. Contoh nya macam ni, Masa kita dalam situasi happy baru dia orang suka sangat bergaul. Masa kita susah bayang-bayang  pun takde. Ni jenis kawan macam mana pula kalau macam ni ekk. Pelik-pelik tapi tak semua le macam tu perangai.

Ramai-ramai kawan boy kat tempat kerja tak de la bersikap macam tu, Leh kira untung juga le dapat kawan sekerja yang spoting dan memahami. Tanya masalah kita sering kali lagi ada, naik segan pula nak cerita masalah kat dia orang.

"nanti kalau kita cerita masalah kita kat dia orang bukan dia orang dapat tolong pun tul tak tul tak" haha negative nya kepala otak hehe Tak baekk cakap macam tu. Kalau kita dah berkongsi masalah, tak-tak pun ada le ringat sikit tekanan perasan sebab dah luahkan masalah . kot-kot le kawan tu dapat tolong selsai kan masaalah kita,
aaa,,, kan dah setel masaalah dalam hidup baru le ceria selalu.

Yang ni cerita masaalah pun tak, bermasam muka lagi ada kat kita. Ape dia ingat kita ni leh ramal ke perasaan dia masaalah dia. Pelik aku dalam banyak-banyak mesti ada berperangai macam ni, tipu le kalau tak de.

Makna seorang kawan ni (^_^)
1) kawan tu bukan macam kite main FUTSAL Mula-mula kejar dah dapat pas tu sepak.
2)kawan tu bukan macam main SKATE Mula-mula gosok lepas tu pijak
3) kawan tu bukan macam main RAGBI mula-mula tangkap dah dapat tendang.
4)kawan tu bukan macam pakai PAMPERS dah pakai buang
5)kawan tu bukannya macam BARANG KEMAS waktu beli pakai dah sengkek gadai
6)kawan tu bukan macam KERETA rosak sikit jual ambik kereta baru.
7)kawan ni bukan macam CHIPSMORE sekejap ada sekejap tak de.
8) kawan ni bukan macam BANK bila tak de duit pegi kat sana ambik.
9)LAGI KO NAK KAWAN MACAM MANA PULA MR BLOGGER ? hehe
-susah nak jawab ni hehe jeng jeng jeng jawab je la.
"kawan macam ape ye???? haa kawan tu macam ANDA LA...bila boy hantar mesej, anda akan baca mesej saya dgn teliti sampai habis. bukan main imbas lalu je hehe main paksa-paksa pula (^_^).

(walau apa pun tanggapan orang tentang seorang kawan ni bagi saya kawan tu penting. seorang kawan takkan biarkan kawan dia menanggis ,sedih, berduka dan sebagainya. kawan yang sejati adalahseorang kawan yang dapat di ajak duduk dan berbincang tentang pelbagai pekara. yang penting seorang kawan akan

sentiasa menghadiahkan senyuman kepada kawan-kawannya :)



08 Februari 2012

Syarat-syarat kemasukan UITM


Calon Lepasan SPM/Setaraf

Calon Lepasan SPM/Setaraf


Lulus SPM / setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya 5 kepujian
Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia

Calon Lepasan STPM

Calon Lepasan STPM/Setaraf


Lulus SPM / setaraf dengan baik
Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia di peringkat SPM/ setaraf
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam Pengajian Am dan Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain
Mengambil Malaysian University English Test (MUET)

Calon Lepasan Matrikulasi

Calon Lepasan Matrikulasi


Lulus SPM / setaraf dengan baik.
Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia di peringkat SPM/ setaraf
Lulus Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi Undang-Undang KPTM dengan sekurang-kurangnya mendapat PNGK 2.00
Mengambil Malaysian University English Test (MUET)

Calon Lepasan Diploma

Calon Lepasan Diploma


Lulus SPM / setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya 5 kepujian
Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia di peringkat SPM/ setaraf
Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan setaraf dan diluluskan oleh Senat Universiti
Mengambil Malaysian University English Test (MUET)

07 Februari 2012

Macam mana nak buat entry blog yang disukai ramai pembaca?????

Terlebih dahulu boy mengucapkan terima kasih le banyak-banyak buat semua sebab sudi jenguk blog boy ni.
Pasal boring sangat-sangat hari ni tak tahu nak buat entry ape.

Tetiba  terlintas pula kat fikiran nak tahu macam mana cara nak up kan pengunjung masuk blog. Biasa la kan baru memiliki sebuah blog segala-gala nya blerr lost idea pun ada.

Takkan nak copy paste kat mana-mana website mahupun blog lain dan dijadikan cerita kat blog kita, kan dah mencuri nama nya kalau tak minta kan.

Kalau ia pun dah minta tak best juga, Hasil kerja orang lepas tu dijadikan cerita kita, Tak real le menjadi seorang blogger kalau macam tu kan kan.

Pernah juga boy terniat nak buat entry pasal cerita-cerita artis terkini. Tapi takut tersalah fakta pula tak pasal-pasal aku kena saman , kalau aku anak orang kaya dan terpengaruh tak pe le juga banyak duit nak bayar saman.
Ni anak dari keluarga biasa-biasa je.

Harap-harap le otai-otai blogger yang dah lama berkecimpung dalam dunia blog ni memberi pandangan dan tunjuk ajar buat boy minta-minta le kan ringan-ringan kan lah bantu idea membantu meraka yang memerlukan bantuan ni.

....................................................................................................................................................................

(^_^)v

06 Februari 2012

Cara letak Google Translation di blogspot

Caranya mudah.

Google Translation (gambar)


2.
3.
4.

copy codedi bawah ini.


<a href='http://bit.ly/work24'><img alt='blogger widgets' src='https://sites.google.com/site/bdlab12/24work/blogspot%2btutorial.png'/></a><div id="google_translate_element"></div><script>
function googleTranslateElementInit() {
  new google.translate.TranslateElement({
    pageLanguage: 'en'
  }, 'google_translate_element');
}
</script><script src="http://translate.google.com/translate_a/element.js?cb=googleTranslateElementInit"></script><small>↑ <a href="http://mrboyll.blogspot.com/p/tutorial.html" target="_blank">Google Translation</a> </small>

5.



6. siap. mudah kan boy pasti awak akan berjaya.

05 Februari 2012

Cakap tak reti pandang kiri kanan

Kadang-kadang aku merungut juga bila tengok perangai sesetengah kekawan yang tak faham bahasa mengenai menghormati perasan orang. Aku bukannya nak minta hormat pun tujuan utama membuat entry ini.

Tapi aku rasa tersentuh apabila melihat perangai segelintir dua insan tu, cakap tak reti pandang kiri kanan, main lepas je. Dia tak pernah ke fikir perasaan orang bila dengar luahan mulut dia yang kurang insuran tu.

Kita tahu le dia tu berpangkat berumur tapi sikitpun tak pernah bagi contoh yang baik untuk generasi muda macam kami ni. Tunjuk sikap keras kepala dia lagi ada. konon-konon dia dulu dikenali seluruh bandar kat kampung dia.

pehhh... ingat zaman sekarang ni kalau kuat tenaga leh pijak orang ke. come on le bro zaman sekarang ni bukan macam zaman dulu, sikit-sikit nak tunjuk parang sikit-sikit nak tunjuk penumbuk le ape le yang berkaitan ngan ugut.

Zaman kini orang tak pandang dah perang sesama sendiri ni. Kalau nak perang melalui pelajaran kat sekolah tak pe. Belajar le pandai-pandai confirm kalau dah pandai lepas tu jadi bos pulak  tak yah nak susah-susah angkat parang ke ape.

Aku bercerita ni bukan buat-buat memang betul benda segitu jadi. Pengalaman masa kerja pun ada masa kat bangku sekolah dulu pun ada. emmm pelik betul le aku dengan sikap segelintir dua insan zaman sekarang ni.

Tapi bercerita bab pengalaman tu, bukan cerita hidup aku. tapi cerita orang yang berada di sekeliling aku.
kalau dicerita kan buat sakit hati je.

Tapi ada juga yang masa sekolah dulu buat perangai macam gitu . habis je sekolah aku jumpa balik dia dah jadi cikgu dah, wahhhh kagum aku, betul-betul tak sangka. Rock never die dia dulu pun leh jadi manusia juga kawan aku tu sekarang ni.

susah nak plan nasib manusia kan. Dulu baik sekarang pula jadi jahat. dulu jahat sekarang pula jadi baik. Dah lumrah alam kan kita sesama manusia ni tak boleh nak suka-suka menilai sikap sesama dan mengadili sesama manusia.tak bekk..

02 Februari 2012

Dibelasah rakan gara-gara facebook

Kejadian ini berlaku di kangar, disingkatkan cerita kisah disebalik gambar ini. Budak perempuan gambar dan member dia di laman sosial facebook (FB) ada perbalahan sedikit, ini  adalah merupakan punca utama kejadian tersebut.

Pelajar perempuan 15 tahun ini. Dibelasah oleh tiga pelajar perempuan yang dikatakan tidak berpuas hati kerana mendakwa dia mengoda teman lelaki mereka dalam (FB)


kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menakutkan secara jenayah dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan cedera.
.......................................................................................................................................


Pstt: Bahaya laa facebook ni, Pas ni tak leh nak sembang ikut suka tanya khabar. Takut ada yang cemburu walaupun kita tak niat pun nak ngorat.