✿Sarawak Blogger✿ 06/01/2012 - 07/01/2012 - Marvin Mawan

14 Jun 2012

Guru yang Mempunyai Ciri-ciri Kreatif (10 tips)

Menjadi seorang guru bukannya mudah, tetapi ada juga yang tak memahami apa sebenarnya tugas dan tanggung jawab sebagai guru. Guru adalah sumber segala ilmu, oleh itu kita kena le hormat kat guru kita. Tak kisah guru apa pun, guru kat sekolah ke, guru kelas tari menari ke, guru memasak ke. Dan banyak lagi yang boleh di ketogerikan sebagai guru.

okeyy,, sebenar nya hendak jadi guru ni. kena mempunyai ciri-ciri yang baik dan boleh di contohi melalui kehidupannya atau yang berkaitan, jangan pula mencontohi ciri-ciri guru yang tak baik nanti kita pun akan jadi tak baik.

Ciri-ciri kreatif yang boy hendak kongsikan kat sini adalah, 

1. Memberi peluang kepada pelajar untuk memainkan peranan masing-masing. ( jangan pula pilih kasih bagi peluang kepada pelajar yang di kasihi je, ini tak adil)

2. Mengalakan pelajar mencari jawapan terhadap sesuatu masalah. (sebagai guru kena le bagi masalah haha, bukan maksudnya macam tu okeyy )

3.Boleh memberi galakan dan berupaya memperkenalkan pembelajaran baru dengan penuh minat kepada pelajar. ( walaupun pelajar tu kacak atau cantik jangan bagi dia je galakan walau pun timbul perasaan minat tu hehe kena adil le, nanti yang comot muka mcm boy cembuyuuu plak hehe LOL)

4.Menggunakan pelbagai jenis bahan pendidikan dan bahan bantuan mengajar. ( ni senang je buku rujukan le tu, kepada guru masakan tu, kena le ada bahan nya. kalau tak de macam mana nak masak kan kan hehe)

5.Membantu pelajar memahami makna dan integrasi isi kandungan kurikulum, ( kalau nampak je pelajar tu diam bila ditanya dan garu-garu kepala yang tak seberapa gatal, guru kena bagi tahu le biar dia faham. jangan dok diam je, tau tau nak marah. tak bek tau tak beakk.

6.Mengalakan penyertaan pelajar secara optimum dalam kelas. ( walaupun kita tahu pelajar kita tu tak seberapa minat hendak menyertakan diri, sebagai guru kita kena le bagi galakan. jangan terus mencemuh "ape le pelajar saya sorang tu, tak reti nak bergaul ngan orang lain" jangan cakap macam ni ok)

7.Mengutamakan interaksi pelajar dan pelajar berbanding penguasaan guru sepenuhnya didalam kelas.
( ye la kan bukan dalam kelas je kita hendak berinteraksi sesama pelajar luar kelas pun apa salahnya untuk berinteraksi, leh jadi pelajar akan rapat dengan kita. dan akan timbul minat dengan apa yang kita ajari.)

8.Menghormati dan mendengar buah fikiran dan sumbangan pelajar walaupun buah fikiran itu kurang baik. ( ya la,,, sebagai guru kena le dengar dulu luahan pelajar nye,, jangan dok pangkah je apa pendapat yang pelajarnya bentangkan, nanti pelajar tu tak akan timbul minat dengan pelajaran yang di ajari.)

9.Melibatkan pelajar membuat keputusan dan bertanggung jawab terhadap keputusan yang dibuat. (sebagai guru kalau buat apa-apa keputusan bawa pelajar-pelajar berbincang sekali, supaya mereka mudah memahami apa pun tanggungjawab yang di beri.

10.Memberi penekanan yang minimum kepada keputusan peperiksaan atau gred pencapaian pelajar. (jangan dok tekan-tekan kepala pelajar tu kalau dia gagal okeyy hehe,, dah le pelajar tu tetekan sebab gagal guru plak tekan-tekan kepala dia naya anak orang kalau wat macam tu :)

okeyyy cukup le takat ni wat masa ni. boy kongsikan tips yang simple buat kita bersama. saling sapa menyapa ye, jangan dok diam je kalau jumpa kat mana-mana. orang selalu kata cinta biar le 1 kawan biar beribu, kalau berjuta lagi elok. Sebagai manusia tak lari dari kesilapan. mana yang silap tu maafkan aje ye.. tak sengaja.

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

08 Jun 2012

Kenapa le wak ni tak peka sangat

Macam mana ye nak komen ko ni, nak kata ko ni bijak mungkin tidak. Dah terang-terang pintu terbuka luas yang ko pegi tepi tu wat pe?
 haha.. kan dah dapat gelak pendek dari aku.
nasib baik orang kat situ tak de, tak de la dapat malu banyak sangat.
tapi cctv jadi saksi kebijaksanaan ko tu haha..

:lain kali peka le sikit dengan keadaan sekeliling, jangan shok sendiri kan dah kena ;)

05 Jun 2012

Wanita kantoi mencuri Bear di simpan dalam kain


Ragam manusia ni macam-macam ada.. kalau tak de bajet nak beli tu tak yah le nak curi. Skrek bear plak tu ayo yo,, mampu jugak dia simpan dalam kain kan haha..

Nasib baik kain tak terlondeh, tapi boy fikir la kan sampai kat kuanter pembayaran mesti terlondeh jugak.. kan dah masuk rakaman cctv tu. Tak kan le pengawal keselamatan nak lepas kan je..

Hari tu ada jugak kes macam gini kalau tak silap kes curi susu tepung, Boy pernah tonton kat you tube. Cuba korang try cari kat you tube mesti ada. Boy dah lupa link vedio dia.. kalau line tak lembab macam siput leh gak Boy tolong carikan.

Kes curi susu tu, mak ayah dia tak terfikir le yang dia nak bagi anak dia tu sebenarnya hasil curi.. agak-agak korang la kan, halal tak? susu tu... haram beb jangan dibuat kerja benda haram bagi anak makan. nanti bila besar nanti anak pun akan buat benda haram jugak.

Tapi kalau ada yang pernah buat benda haram selagi nafas dikandung badan belum terlambat untuk bertaubat.

Begitu juga dengan rahsuah. Jangan rajin-rajin nak ambik kalau orang hulur. fikir-fikir kan le ;)

04 Jun 2012

Darah belangkas bernilai rm17 ribu seliter


Berita yang amat menarik untuk diketahui dan mungkin akan membantu mereka yang sering menjalankan perniagaan belangkas. Menurut satu info yang diperolehi darah belangkas yang berwarna biru  1 liter berharga rm17.500 wahh mewah nya kalau dapat 1 liter darah belangkas ni kan.
Ni kalau angkat moto LC135 1 leh jadi juga ni hehe... tapi nak dapatkan belangkas tu masalahnya. Memanjang je kerja macam mana nak cari belangkas ...

Si nelayan juga yang untung kan, kalau dia orang tahu darah belangkas tu berharga mesti dia orang tak lepas kan peluang cari.. kena pula memang si nelayan yang jadi usahawan penternak belangkas mesti dia le orang nya yang dapat durian runtuh. Ape-ape pun tu rezeki masing-masing.

oh ye,,, mesti ada yang tertanya-tanya kenapa darah menatang belangkas ni berharga sampai beribu-ribu. sebab bahan dalam badan belangkas ni boleh digunakan untuk mengesan virus, bateria dan toksin.Kit-toksin mengunakan belangkas telah berkembang di eropah Amerika Syarikat,Jepun dan asia Barat.

Tapi nak dapatkan seliter darah biru belangkas tu nelayan kena menangkap 115 ekor belangkas bersaiz kecil di semenanjung Malaysia. Dan hanya 45 ekor diperlukan diperairan sabah. Darah biru belangkas tu dikeluarkan tanpa membunuh belangkas tersebut.

Ape lagi,,, jom kita cari belangkas,,, jangan jadi belangkas dah le haha,, gurau je ;)

01 Jun 2012

Google 'zerg rush'


Menarik juga info ni. Munkin ini yang orang kata virus kot, tapi gambar tu bukan virus la. 
tu cuma macam game je boy tengok. Tak tahu la pula....nak kata lebih-lebih nanti tersalah fakta pula
siapa yang malu? boy juga yang malu kan he2...

Tapi ada gak org tua kata ,kalau malu lapor ;)