gambar di pinjam dari chup-chup.com
Tahun ni bila nengok kelender bagi kepercayaan orang-orang cina kan tahun ni adalah merupakan tahun Naga. Macam mana diaorang leh kata tahun ni adalah tahun naga ye? jom kite cari sebab kenape?
kejap ekk.. boy nak cari info kat wikipedia dulu. A..aa dah dapat dah.. boy siap copy sikit info dan gambar dari sana utk dikongsikan bersama. Dia orang katakan .emm jom le kite sama-sama baca. :)
Maklumat dari wiki ........
Naga Cina ialah makhluk legenda dalam mitos dan budaya rakyat Cina, yang sejawat dengan naga-naga Jepun, Korea, Vietnam dan Turkik. Dalam seni Cina, naga biasanya digambarkan sebagai makhluk seakan-akan ular yang panjang, bersisik dan berkaki empat.
Berbeza dengan naga Eropah yang dianggap sebagai jahat, naga Cina melambangkan kekuatan dan tuah, khususnya mengawal air, hujan, dan banjir. Dalam peristilahan yin dan yang, naga adalah yang (jantan) yang melengkapi fenghuang (phoenix Cina) yang bersifat yin (betina).
Walaupun dianggap sebagai lambang negara China oleh masyarakat Barat, namun sebenarnya tidak sedemikian rupanya bagi kedua-dua Republik Rakyat China dan Republik China di Taiwan. Sebaliknya, naga Cina dijadikan lambang kebudayaan yang berwibawa dan bertuah.
Dalam perbualan seharian Cina, sesiapa yang cemerlang dan berkemampuan luar biasa ditarafkan dengan naga manakala yang kurang berkemampuan dan tiada pencapaian pula dibandingkan dengan makhluk-makhluk hina seperti cacing. Terdapat sebilangan besar bidalan dan simpulan bahasa Cina yang menyentuh naga, misalnya "Harapkan anak menjadi naga" (望子成龍), yang bermaksud menaruh harapan tinggi kepada anak supaya cemerlang dalam hidup.[1]
Isi kandungan[sorokkan] |
[sunting]Nilai simbolik
Dalam sejarah, naga merupakan lambang Maharaja China. Pada zaman Dinasti Zhou, naga berkuku lima diuntukkan kepada Putera Kayangan (Maharaja), naga berkuku empat untuk golongan bangsawan, dan naga berkuku tiga untuk para menteri. Pada zamanDinasti Qing pula, naga berkuku lima mewakili Maharaja manakal naga berkuku tiga dan empat diuntukkan kepada rakyat jelata. PadaDinasti Qing juga, terlukisnya naga pada bendera kebangsaan.[2]
Dalam lingkungan budaya terpengaruh Eropah, naga membawa konotasi agresif seakan-akan mahu berperang, maka pernah diduga bahawa kerajaan China tidak ingin menggunakan naga sebagai lambang atas sebab-sebab itu, tetapi ramai rakyat China tidak setuju dengan keputusan ini[3]. Cuma adakalanya, orang Barat keliru akan kecenderungan naga Cina yang mulia dengan naga Barat yang garang. Di Hong Kong, naga terangkum dalam reka bentuk lambang Brand Hong Kong yang digunakan untuk mempromosikan Hong Kong sebagai jenama antarabangsa.[4]
Ramai orang Cina memakai istilah "Keturunan Naga" (龍的傳人) sebagai lambang identiti kaum, mengikut trend yang tercetus pada 1970-an apabila pelbagai bangsa Asia mencari-cari lambang haiwan masing-masing.[2] Serigala digunakan oleh orang Mongol, dan monyet bagi orang Tibet.[2]
Dalam kebudayaan Cina masa kini, naga Cina banyak digunakan sebagai hiasan. Pantang sekali gambar naga dicacati, misalnya: kempen iklan tempahan Nike, yang menampilkan bintang bola keranjang Amerika Syarikat, LeBron James membunuh seekor naga (di samping membelasah seorang mahaguru kung fu), diharamkan oleh kerajaan Cina setelah mendengar bangkangan kuat orang awam kerana lambang budaya negara tidak dihormati.[5]
Tapi kalo u all nak tahu lebih lanjut mengenai kepercayaan Naga ni u all leh jugk layari laman web wiki ni segala-galanya kisah naga.
Dikesempatan ini saya mengucapkan selamat menyambut TAHUN BARU CINA buat sahabat-sahabat kita yang berbangsa cina mahupun berada di MALAYSIA ataupun diseluruh dunia.
p/s: klu main bunga api tu jaga keselamatan ye :)
0 comments:
Catat Ulasan