Motif utama sebab badan aku semenjak dua tiga hari ni tak sihat le,, takut-takut le kan tikus tu bawa penyakit kat aku. huhu,,, tak nak tak nak.
Aku pun cari le maklumat kat wiki mengenai sinptom penyakit tu. Mana le tahu kot-kot ada persamaan dengan kesihatan badan aku karang ni. Siapa tak takut beb. penyakit tu leh bawa maut kalau tak dirawat terlebih awal.
Simptom
Jangkitan Leptospiral pada manusia menyebabkan sejumlah symptom, dan sesetengah mereka yang dijangkiti mungkin tidak menunjukkan sebarang symptom sama sekali. Leptospirosis merupakan penyakit dwifasa (“biphasic”) yang bermula dengan simptom seperti selsema (demam, sejuk, myalgia, sakit kepala yang kuat). Fasa pertama sembuh, dan pesakit tanpa symptom (“asymptomatic”) sehingga fasa kedua bermula. Ini berciri meningitis, kerosakan hati (menyebabkan demam kuning), dan kegagalan buah pinggang. Jangkitan ini sering kali salah diagnosis kerana symptom yang meluas. Ini mendorong kepada jumlah kes berdaftar yang jauh lebih rendah berbanding yang sebenarnya berlaku. Simptom leptospirosis termasuk demam tinggi, askit kepala yang teruk, sejuk, sakik otot, dan muntah-muntah, dan mungkin termasuk demam kuning, mata merah, sakit perut, cirit-birit, dan keradangan. Simptom bagi manusia hadir selepas 4–14 hari tempoh pengeraman.
Tempoh pengeraman (tempoh pendedahan kepada symptom pertama bagi haiwan antara 2 hingga 20 hari. Bagi anjing kerosakan hati dan buah pinggang merupakan paling biasa oleh leptospirosis. Vaskulitis boleh berlaku, menyebabkan lebam/edema dan berkemungkinan pembekuan dalam salur darah tersebar (disseminated intravascular coagulation -DIC).Myocarditis, pericarditis, meningitis, dan uveitis juga turutan yang mungkin.[5] Leptospirosis perlu disyaki dan dimasukkan sebagai sebahagian diagnosis pembezaan sekiranaya mata putih bagi anjing kelihatan jaundice (walaupun sedikit kekuningan). Ketiadaan jaundice tidak menyingkirkan kemungkinan leptospirosis sepenuhnya, dan kehadirannya mungkin menunjukkan hepatitis atau pathologi hati lain dan bukannya leptospirosis. Muntah-muntah, demam, hilang selera makan, kurang kencing, kencing gelap atau perang luar biasa, dan lesu juga merupakan tanda-tanda penyakit.
nasib bek tak ada persamaan yang betul-betul sama ngan simptom kat atas tu.. lega-lega (^-^)
kalau nak maklumat lebih lanjut mengenai penyakit tersebut korang leh le berkunjung ke laman wiki PENYAKIT KENCING TIKUS
p/s; info merepek- klu tak nak tikus kencing merata pelihara le kucing hehe
0 comments:
Catat Ulasan