✿Sarawak Blogger✿ Cepatnya masa berlalu - Marvin Mawan

03 Januari 2012

Cepatnya masa berlalu

  Pejam celik pejam celik dah masuk tahun baru bye-bye 2011 dan hai 2012. Tak terasakan masa hidup ni memang pantas sangat tanpa kita sedar pun. Hari beganti hari minggu berganti minggu bulan plak sama semua orang nak berganti dia pun nak gak , tu le pasal tahun pun terpaksa plak beganti. Kita sebagai insan ni pun tak kurang juga berganti-ganti. Yang tua pergi yang muda pula datang mengganti. 
  Sama je semua benda pun tak semuanya kekal baik kayu baik rumput ape-ape benda le sama jugak ngan batu keras macam mana pun dia tak kekal pun terhakis jugak kena titisan  hujan. Pekara alam yang macam gitu bukan saja-saja mesti ada sebab musabab terjadi. Tu le pasal bila kita ada kelapangan masa bersama hargai masa tu dengan sebaik-baiknya. 
  Kita masa kat sekolah dulu pun pernah juga mengalami perpisahan kan, baik lepas u.p.s.r mahupun s.p.m. Sedih masa tu bila ingat balik kenangan tahun-tahun yang dah berlalu, kadang-kadang bila bukak balik dairy lama yang tercatat dan foto-foto lama bersama member-member  sedih sangat tak terasa sejuk pipi kanan dan kiri rupa-rupa ada air mengalir dari kelopak mata slow je lalu kat pipi. emmm.... masa. boleh tak engkau slow sikit,Biar lama sikit kami bersama.

  Kenangan tahun lepas tak terkira banyak sangat, dari awal january2011 sampai le hujung disember2011 ada yang pahit dan tak kurang juga yang manis. Tapi yang sangat-sangat menyedihkan adalah kehilangan seorang ahli keluarga pada pertengahan april2011 (atuk). Tu  kenangan paling pahit aku 2011. Kenangan manis apabila diterima melanjutkan pelajaran di univisiti tun abdul razak yang diselengara oleh pihak k-force http://k-force.com.my/webgate/ seronok bila dapat tawaran belajar balik, kena pula ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. 
  Tapi kan seronok tu bepada juga, sebab   jadual kerja, jadual study beroperasi serentak. aa... tu menjadikan tak seronok balik. Dua pekara disetelkan dalam satu masa emm mcm mana tu.. macam mana ape? tu le dinamakan pengorbanan masa. Serabut jiwa raga pun ada bila fikir semua benda tu. Tak kira lagi masalah kereta/ moto keluarga dan sebagainya. 
  Mcm tu le sedikit kesimpulan kisah hidup aku tahun 2011. Hari ni dah 3hari dah masuk 2012 ombak rindu 2011 masih lagi kedengaran di telinga. Tapi apa yang berlalu dijadikan iktibar dan pengajaran yang baik tu simpan yang buruk tu buat apa nak simpan nantikan berbau busuk pulak kan, Dah jadi satu kerja cari sabun nak cuci tangan. Macam ni je lah senang cerita bukak buku baru je selagi belum terlewat. nanti kalau dah terlewat baru terfikir pasal rugi..

p/s:bye-bye2011 hai 2012
  

0 comments: