✿Sarawak Blogger✿ 2012 - Marvin Mawan

10 November 2012

Lelaki Pertama Melahirkan Anak Kini Bercerai

lakihamil_thumb%255B2%255D

Pembaca awak pernah tak terbaca satu info mengenai seorang lelaki yang melahirkan anak? ehh ada lah kes tu tak kan korang tak baca kot…. atau korang sibuk tahap super gaban masa tu sampai info tu pun tak dengar kabonya…

okeyy-okeyy tak pe.. kat sini boy akan terangkan sedikit cerite nye… sebenarnya yang dikatakan lelaki tu sebenarnya popoan cuma bedah je benda yang kait mengait tu..

kalau tak silap boy nama si suami diatu.. Thomas beatie  yang menceraikan pasanganya Nancy walaupun dah 9 tahun kawin.

Pengakuan Beatie 38 diwawancara sebuah program bual bicara  The doctor yang ditayangkan di Amerika Syrikat.

Beatie kata  Seperti perkahwinan orang lain, kami pun ada masalah suka duka yang di tempuhi bersama selama 9 tahun ketika bergelar suami isteri. Mulai dari saat itu la kami tinggal berasingan..

Beatie ni sebenarnya –lahir sebagai baby perempuan dan di beri nama Tracy Lagindino entah le nape dia berminat menjalani pembedahan menukar jantina menjadi lelaki… pelik pelik…

namun dia tidak membuang rahimnya…. ohww patut le boleh beranak…

Bercinta pula dengan sesama sejenis.. Nancy namanya.. bermula la bibit-bibit cinta mereka. Tetapi nancy ni sebelum berkahwin dengan Beatie dah ada anak dah 2 orang… selepas menjalani pembedahan. macam biasa le tak leh beranak le jawabnya..

 

gitu le serba sedikit kisahnya…. tanpa iklan..

kat Malaysia ni ada ke kawin sejenis ni…tak pernah plak dengar cerita…

ehh ehh ehh ada lah tapi dia tak duduk kat malaysia….

Keputusan Anugerah Skrin 2012

anugerah skrin 2012

Anugerah Skrin (ASK) ke-14 bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Secara umumnya anugerah penuh meriah

keputusanya ……………….

 

Lakon layar terbaik-Bunohan Dian Iskandar said.

Lakon Tv Terbaik- Di Telapak Kaki  Bonda

Videografi Terbaik- Aku Mahu Terbang

Laporan Khas/Berita Terbaik- Berita TV BOM JANGKA

Drama Komedi Terbaik-Elly&Epit

Rancangan Realiti Terbaik-Jemputan Umrah

Artis Realiti Terbaik- Puteri Balqis

Rangcangan Bual Bicara Terbaik-Bella

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik-Nomron

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama- Sherry Merlis

Rangcangan Hiburan Terbaik-ABP 25

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem -Lisa Surihani

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem - Syafie Naswip

Pelakon Wanita Terbaik Filem-Maya Karin

Pelakon Lelaki Terbaik Filem- Shaheizy Sam

Rangcangan Muzikal Terbaik-AJL 26

Pelakon Wanita Terbaik Drama-Ruminah Sidek

Pelakon Lelaki Terbaik Drama-Abu Bakar Omar

Pengarah Terbaik Filem- Fariza Azlina/Effendee Mazlan

Pengarah Terbaik Drama Kabir Bhatia

Anugerah Yasmin Ahmad-Pierre Andre

Drama Rantaian Terbaik-Jangan Ambil Padang kami

Ketogeri Filem Terbaik-Bunohan (Apparat Sdn Bhd)

Drama Terbaik-Di Telapak Kaki Bonda

 

okeyy best juga drama yang dipentaskan sempena ASK 2012 tu…

APAKAH ITU CINTA?…..

08 November 2012

Barack Obama Kekal Presiden AS

obama Menurut media bercetak mahupun media elektronik dilaporkan Barack Obama memenangi pilihan raya AS bagi penggal ke dua dengan menewaskan pencabarnya dari parti Republikan, Mit Romney. Di atas kemenangan tersebut Barack Obama kekal selaku Presiden Amerika Syrikat (AS) Amerika Syarikat mempunyai 50 buah negeri dan Obama menang di 26 negeri tanpa mengambil kira pengiraan di Florida. Pengiraan undi di Florida masih belum diketahui setakat pukul 11 malam semalam waktu Malaysia. Walaubagaimanapun Obama sudah dianggap telah menang pilihan raya ini kerana beliau hanya memerlukan 270 daripada 538 undi pemilih. Obama melambaikan tangan kepada penyokongnya di Chicago, kelmarin – foto kosmo.com.my

Tahniah Presiden Obama, entah le  Malaysia bila lagi nak pilih raya ke 13 ni….

03 November 2012

Walaupun dimana pun awak?

kita tak mampu hendak memaksa sesiapapun, mengenali diri kita seadanya. Begitu juga sebagai sahabat karip kalau kita memaksa orang tu supaya mmengenali diri kita. Maknanya persahabatan tu bukannya azali setulusnya. Lain le kalau seseorang tu ,menerima kita sebagai sahabat lahir dari keiklasanya tanpa ada memikirkan keuntungan setelah menjadi sahabat. Maksud aku keuntungan yang berupa meteralistik, ehh betul ke ejaan aku tu.. haaa lantak la. Bunyi macam sama je yang penting maksudnya difahami. Apatah kalau hubungan yang melibatkan perasaan cinta sesama insan kalau tiada keiklasan takkan kemana juga perhubunganya tu, Tapi aku respek satu je orang tua dulu-dulu yang kawin dijodohkan oleh kedua orang tua.

 

walau dimana andaEntah macam  mana diaorang boleh set kepala hidup bersama….  sedangkan selama ni kenal pun tak tetiba je kawin .

zaman dulu ngan sekarang jauh berubah….

31 Oktober 2012

Entah le….

DSC_1247

 

Apa le manusia jenis macam tu, suka simpan dendam. Apa dia ingat hidup kat dunia ni lama sangat ke.

weiii kita ni ada jangka hayat juga tau.. ada tarih luput nya. Kalau susah sangat contohnya macam keropok udang tu. Kalau kita tak makan basi le jawabnya.

 

Apa yang cakap semuanya tak betul, nak dia juga yang betul. Susah le berkenalan dengan orang macam ni. Patut le orang pakat lari tak nak sembang ngan dia tu….. sombong tak kira waktu. macam le baik sangat.

 

Aku ni mula-mula tak caya juga dia jenis macam tu,  last –last  sedikit sebanyak nak tak nak kena percaya jugak le cakap kawan-kawan. memang dia tu jenis ikut suka mode dia je…

 

sampai bila nak macam gitu? sampai ke tua ke? ish ish…… nengok usia memang dah ketogeri matang tapi sebaliknya tak seberapa nak matang…..

 

Apa punya sikap le….. pelik aku.

19 September 2012

Fara fauzana kantoi bercium

Heboh.. sedar tak sedar fara pun tidak lari dari gosip hangat. Tetapi kenyataanya memang tak lari pun haha. Ada yang tak kenal ke siapa fara k? ni memang sah tak pernah dengar radio hot fm. Saya mula-mula memang tak caya betul ke cerita kiss terkantoi tu.. pasal fara.

Baik you all yang tengok sendiri realitinya...


18 September 2012

Vedio-Pendedahan mengenai segi tiga bermuda

Salam perpaduan semua....
Masa sekolah dulu cikgu ada cerita mengenai segitiga bermuda ni. Tapi masa tu nak kata faham sangat mengenai kisah tu tak le faham sangat, biasa le budak-budakan jiwa nak main je. Memang padan le tak leh jadi doctor haha padan muka. Cikgu cakap tak nak dengar, tau-tau nak enjoy je.

Tapi ape pun shukur le dengan kerja yang dah ada sekarang ni. Yang penting kerja halal tak menipu orang. Cukup le tu mengenang nasib diri sendiri tak semua apa yang kita inginkan tercapai, kalau ikut kehendak. Semua benda dalam hati ni nak.

Sekadar keperluan yang penting tu kita leh capai kira ok le tu. Nak hidup mewah macam orang kaya memang tak leh la capai kita bukan golongan orang kaya pun. Tapi  orang tua kata tanpa usaha tak berhasil le semua pekara yang kita lakukan...

ehh dah melalut pula dah aku.. pasal kehidupan diri sendiri. Apa kata kita saksikan vedio yang  diceritakan ni selamat menonton ye.

Sesuatu pekara walaupun benda tu lama dah jadi,tetapi kita baru tahu ia menjadi info terbaru buat kita.
Tak salah kalau you all nak kongsikan bersama rakan-rakan, memang di alu-alukan


selamat menonton



Dah habis menonton?
ok le jaga diri hiasi pribadi k...
jumpa di lain entry :)

17 September 2012

Bila aku teringat balik .......



Bila aku duduk sorang-sorang mula le aku berhayal, perginya ke zaman sekolah dulu-dulu. Teringat balik saat-saat indah.

Tapi walaupun memori tu dah lama berlalu masih segar di ingatan. Kalau le aku ada pintu masa kan best boleh jugak aku ronda-ronda zaman nakal aku tu.

bercinta? setahu aku tak pernah aku bercinta masa sekolah.. tapi yang nak ambik aku jadi adik angkat tu ramai la juga. Untung jadi adik angkat hehe serapan pagi ada je kekak angkat yang beli kan hehe..
Entah kat mana le kakak angkat aku tu sekarang? veronica namanya. Pernah juga aku cari kat facebook tapi tak jumpa pun. Kalau ada kakak kan best. aku ni bukanya ada kakak pun abang pun tak de. adik ada le.

Kalau ada kakak kandung atau abang kandung kan best ada juga tempat bermanja.

emmm tak pe le ada kakak angkat pun jadi la, tapi sekarang ni dah missing status dah... mudah mudahan dia sihat, kalau dia dah kawin brp org le anak dia sekarang?

14 September 2012

Kawan bermuka-muka

Entah le, boy pun malas nak ulas banyak ada kawan pun jenis bermuka-muka. Depan bukan main baiknya, sembang kat belakang. mak aii mulut tempayan kecik beb kalau di bandingkan.

Tak payah nak cerita panjang, pembaca faham-faham je lah. Nasib baik le aku ni jenis cool je. Buat-buat tak tahu yang dia sembang pasal aku kat belakang.

Tapi kalau memanjang je buat-buat tak tahu, alamatnya beraya le dia mengumpat aku. hAAaaa biar la.. lantak kau la nak cakap beb apa yang penting aku tak buat pun tentang apa yang ko cakap pasal aku tu.

Yg penting aku aku tak buat pun apa yang ko cerita tu....

berbahagia le ko dengan sikap engko tu

09 September 2012

Tak sangka jumpa rakan facebook kat JB

Semalam aku gi johor baharu ,rally karismatik memang kebetulan sangat-sangat leh jumpa rakan facebook tanpa temujanji pun. Masa tu comfius juga le, macam kenal je tapi takut plak nak tegur takut tersalah orang.

lepas tu aku pun tengok name tag dia memang sama ngan nama dia kat facebook. sah ni memang orang yang aku pernah sembang ngan aku kat facebook. Ternyata dunia ni kecik je.

Masa tu aku tengah makan, dia ngan member dia pun datang tiba-tiba duduk duduk semeja ngan aku. Mula-mula aku pandang kejap je lepas tu aku makan balik.

aikk.. tetiba-tiba plak aku fikir 'macam kenal je orang tu'. Tapi aku diam jelah.. Ada juga aku plan nak tanya tapi, ada jejaka tampan sorang tanya dia terlebih dahulu. Terbatal le niat aku nak tanya "ehh betul ke kita dua pernah kawan kat facebook?

Masa tu aku pun silap jugak, nape le aku tak ambik gambar ngan dia bagi mengukuhkan fakta aku ni. mungkin terkejut sangat kot. Menghadapi situasi macam tu. dia pun ada juga jeling aku dan senyum.
Tapi dia pun tak cakap ape.

Nama je makan semeja tak berborak pun. aku cuma dengar je dia ngan kawan dia borak... ternyata aku ni pemalu orangnyakan hehe terkantoi la sudah haha....

sembang kat facebook bukan main peramahnya jumpa depan mata jadi pendiam plak .. hehe lucu bila ingat balik situasi semalam.

ni le orangnya yang aku ceritakan tu hehe
Jue Chee Mecheely Dominichttps://www.facebook.com/mecheely








Tapi lepas makan tu ada juga berselisih kat tepi dewan aku pun tanya dia' ehh kita pernah berkenalan kan'?

dia pun jawap "yee pernah kot". lepas tu aku pun masuk dewan dia pun keluar dewan ngan kawan dia sesama popoan.

dialognya habis macam tu je... sehingga le habis upacara Rally karismatik. aku ngan dia tak jumpa dah lagi masing-masing bawa haluan balik ke tempat masing-masing...

hehe mcm tu le kisah cerita aku 8/9/2012 semalam :D

05 September 2012

usia

fuh fuh..
berhabuk sangat blog ni tak update, Dulu masa 1st buat blog rajin update. Entah nape sekarang dah jadi malas pula. Sy pun tak tahu kenapa, tak de idea tu mungkin punca utama atau talian internet ni selaju siput melintas jejantas mungkin la kot.

Ada juga sy terfikir nak del semua akaun yang ada kat dunia internet ni. Tapi memandangkan dunia sekarang ni kalau tanpa internet nak katakan bawah tempurung sangat mungkin tak le juga kan. Tapi kalau umpama katak dalam gelas kaca tu mungkin ia. Nampak dunia luar tapi tak dapat nak buat ape.

Kalau ada internet ni bandingkan dengan zaman surat menurat dulu, Sy cukup respectful orang yang dulu-dulu masa bercinta sanggup tunggu walau berminggu sekali pun, surat dari buah hatinya sampai.
setia kan dia orang :). sy pun pernah juga hadapi zaman tu. Rindu tu sapa tak rindu beb.. zaman bercinta penuh kesabaran wah wah wah hehe.

Tapi sekarang ni, semakin mudah talian perhubungan hanya di hujung jari je semakin mudah perhubungan tu terlerai dan berkecai. mana yang okey tu okey le, tapi masalahnya lagi banyak yang tak okey..

sy nak gi mandi dulu ye, al maklum la kan kat tempat kerja tadikan ada sukan. bukan hanya blog yang berhabuk badan sy berhabuk dah ni..

esok lusa senang-senang boy update lain ye.... maaf ye kalau boy pernah menyinggung perasaan sesiapa pun.




_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

10 Julai 2012

Kadang-kadang kita tak sedar

Lama tak update blog, pasal line internet la ni lembab macam siput. Tak pasal-pasal siput pula kena marah haha.

ehh sedar tak sedar dah masuk bulan julai 2012 dah, cepat masa berlalu. Sejarah silam yang di tempuhi akan menjadi kenangan indah dimasa hadapan.

Tapi tak semua kenangan tu indah. ada juga hari yang mendatangkan bad mood.hemmm

Sebenarnya update kali ni tak de cerita menarik yang hendak di postkan cuma sesaja je tengok blog dah ada sesawang dah kat tepi-tepi dinding blog ni.

Apabila saya cek kehadiran trafik ramai juga yang melawat blog dari hari ke hari. tapi masalahnya tak de cerita baru yang hendak di kongsikan.

ya lah nama pun blogger part time, faham-faham je lah. sibuk dengan kerja harian lagi dan macam-macam penugasan yang di tempuhi dari hari ke hari.

kepada pelawat blog tu terima kasih banyak-banyak boy ucapkan, walaupun cerita yang dikongsikan tak menarik tak tahu la kan hati manusia ni macam-macam jenis. Ada yang suka benda ni ada yang suka benda tu.

LAWAK TIANG YANG DIMARAH

di kesempatan ini boy ingin kongsikan satu gambar bergerak yang agak menarik dan lawak. agak-agak korang pikir apa mengenai gambar ni. best friends ke apa haha….

14 Jun 2012

Guru yang Mempunyai Ciri-ciri Kreatif (10 tips)

Menjadi seorang guru bukannya mudah, tetapi ada juga yang tak memahami apa sebenarnya tugas dan tanggung jawab sebagai guru. Guru adalah sumber segala ilmu, oleh itu kita kena le hormat kat guru kita. Tak kisah guru apa pun, guru kat sekolah ke, guru kelas tari menari ke, guru memasak ke. Dan banyak lagi yang boleh di ketogerikan sebagai guru.

okeyy,, sebenar nya hendak jadi guru ni. kena mempunyai ciri-ciri yang baik dan boleh di contohi melalui kehidupannya atau yang berkaitan, jangan pula mencontohi ciri-ciri guru yang tak baik nanti kita pun akan jadi tak baik.

Ciri-ciri kreatif yang boy hendak kongsikan kat sini adalah, 

1. Memberi peluang kepada pelajar untuk memainkan peranan masing-masing. ( jangan pula pilih kasih bagi peluang kepada pelajar yang di kasihi je, ini tak adil)

2. Mengalakan pelajar mencari jawapan terhadap sesuatu masalah. (sebagai guru kena le bagi masalah haha, bukan maksudnya macam tu okeyy )

3.Boleh memberi galakan dan berupaya memperkenalkan pembelajaran baru dengan penuh minat kepada pelajar. ( walaupun pelajar tu kacak atau cantik jangan bagi dia je galakan walau pun timbul perasaan minat tu hehe kena adil le, nanti yang comot muka mcm boy cembuyuuu plak hehe LOL)

4.Menggunakan pelbagai jenis bahan pendidikan dan bahan bantuan mengajar. ( ni senang je buku rujukan le tu, kepada guru masakan tu, kena le ada bahan nya. kalau tak de macam mana nak masak kan kan hehe)

5.Membantu pelajar memahami makna dan integrasi isi kandungan kurikulum, ( kalau nampak je pelajar tu diam bila ditanya dan garu-garu kepala yang tak seberapa gatal, guru kena bagi tahu le biar dia faham. jangan dok diam je, tau tau nak marah. tak bek tau tak beakk.

6.Mengalakan penyertaan pelajar secara optimum dalam kelas. ( walaupun kita tahu pelajar kita tu tak seberapa minat hendak menyertakan diri, sebagai guru kita kena le bagi galakan. jangan terus mencemuh "ape le pelajar saya sorang tu, tak reti nak bergaul ngan orang lain" jangan cakap macam ni ok)

7.Mengutamakan interaksi pelajar dan pelajar berbanding penguasaan guru sepenuhnya didalam kelas.
( ye la kan bukan dalam kelas je kita hendak berinteraksi sesama pelajar luar kelas pun apa salahnya untuk berinteraksi, leh jadi pelajar akan rapat dengan kita. dan akan timbul minat dengan apa yang kita ajari.)

8.Menghormati dan mendengar buah fikiran dan sumbangan pelajar walaupun buah fikiran itu kurang baik. ( ya la,,, sebagai guru kena le dengar dulu luahan pelajar nye,, jangan dok pangkah je apa pendapat yang pelajarnya bentangkan, nanti pelajar tu tak akan timbul minat dengan pelajaran yang di ajari.)

9.Melibatkan pelajar membuat keputusan dan bertanggung jawab terhadap keputusan yang dibuat. (sebagai guru kalau buat apa-apa keputusan bawa pelajar-pelajar berbincang sekali, supaya mereka mudah memahami apa pun tanggungjawab yang di beri.

10.Memberi penekanan yang minimum kepada keputusan peperiksaan atau gred pencapaian pelajar. (jangan dok tekan-tekan kepala pelajar tu kalau dia gagal okeyy hehe,, dah le pelajar tu tetekan sebab gagal guru plak tekan-tekan kepala dia naya anak orang kalau wat macam tu :)

okeyyy cukup le takat ni wat masa ni. boy kongsikan tips yang simple buat kita bersama. saling sapa menyapa ye, jangan dok diam je kalau jumpa kat mana-mana. orang selalu kata cinta biar le 1 kawan biar beribu, kalau berjuta lagi elok. Sebagai manusia tak lari dari kesilapan. mana yang silap tu maafkan aje ye.. tak sengaja.

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

08 Jun 2012

Kenapa le wak ni tak peka sangat

Macam mana ye nak komen ko ni, nak kata ko ni bijak mungkin tidak. Dah terang-terang pintu terbuka luas yang ko pegi tepi tu wat pe?
 haha.. kan dah dapat gelak pendek dari aku.
nasib baik orang kat situ tak de, tak de la dapat malu banyak sangat.
tapi cctv jadi saksi kebijaksanaan ko tu haha..

:lain kali peka le sikit dengan keadaan sekeliling, jangan shok sendiri kan dah kena ;)

05 Jun 2012

Wanita kantoi mencuri Bear di simpan dalam kain


Ragam manusia ni macam-macam ada.. kalau tak de bajet nak beli tu tak yah le nak curi. Skrek bear plak tu ayo yo,, mampu jugak dia simpan dalam kain kan haha..

Nasib baik kain tak terlondeh, tapi boy fikir la kan sampai kat kuanter pembayaran mesti terlondeh jugak.. kan dah masuk rakaman cctv tu. Tak kan le pengawal keselamatan nak lepas kan je..

Hari tu ada jugak kes macam gini kalau tak silap kes curi susu tepung, Boy pernah tonton kat you tube. Cuba korang try cari kat you tube mesti ada. Boy dah lupa link vedio dia.. kalau line tak lembab macam siput leh gak Boy tolong carikan.

Kes curi susu tu, mak ayah dia tak terfikir le yang dia nak bagi anak dia tu sebenarnya hasil curi.. agak-agak korang la kan, halal tak? susu tu... haram beb jangan dibuat kerja benda haram bagi anak makan. nanti bila besar nanti anak pun akan buat benda haram jugak.

Tapi kalau ada yang pernah buat benda haram selagi nafas dikandung badan belum terlambat untuk bertaubat.

Begitu juga dengan rahsuah. Jangan rajin-rajin nak ambik kalau orang hulur. fikir-fikir kan le ;)

04 Jun 2012

Darah belangkas bernilai rm17 ribu seliter


Berita yang amat menarik untuk diketahui dan mungkin akan membantu mereka yang sering menjalankan perniagaan belangkas. Menurut satu info yang diperolehi darah belangkas yang berwarna biru  1 liter berharga rm17.500 wahh mewah nya kalau dapat 1 liter darah belangkas ni kan.
Ni kalau angkat moto LC135 1 leh jadi juga ni hehe... tapi nak dapatkan belangkas tu masalahnya. Memanjang je kerja macam mana nak cari belangkas ...

Si nelayan juga yang untung kan, kalau dia orang tahu darah belangkas tu berharga mesti dia orang tak lepas kan peluang cari.. kena pula memang si nelayan yang jadi usahawan penternak belangkas mesti dia le orang nya yang dapat durian runtuh. Ape-ape pun tu rezeki masing-masing.

oh ye,,, mesti ada yang tertanya-tanya kenapa darah menatang belangkas ni berharga sampai beribu-ribu. sebab bahan dalam badan belangkas ni boleh digunakan untuk mengesan virus, bateria dan toksin.Kit-toksin mengunakan belangkas telah berkembang di eropah Amerika Syarikat,Jepun dan asia Barat.

Tapi nak dapatkan seliter darah biru belangkas tu nelayan kena menangkap 115 ekor belangkas bersaiz kecil di semenanjung Malaysia. Dan hanya 45 ekor diperlukan diperairan sabah. Darah biru belangkas tu dikeluarkan tanpa membunuh belangkas tersebut.

Ape lagi,,, jom kita cari belangkas,,, jangan jadi belangkas dah le haha,, gurau je ;)

01 Jun 2012

Google 'zerg rush'


Menarik juga info ni. Munkin ini yang orang kata virus kot, tapi gambar tu bukan virus la. 
tu cuma macam game je boy tengok. Tak tahu la pula....nak kata lebih-lebih nanti tersalah fakta pula
siapa yang malu? boy juga yang malu kan he2...

Tapi ada gak org tua kata ,kalau malu lapor ;)



30 Mei 2012

Misteri gadis terbang di rusia

Vedio  ini telah di upload di You Tube oleh   pada 20 jan 2011, berkemungkinan besar vedio ini ada yang sudah saksikan banyak kali. Mungkin cerita ini dah basi bagi anda yang telah menyaksikan.

Tetapi bagi sesiapa yang baru menyaksikannya. Ia akan menjadi info baru bagi anda. info yang pelik macam gini kalau di kongsikan bersama rakan lain memang best, kena plak secawan kopi bersambung-sambung cerita jadinya....

Tapi apa-apa pun  jangan lebihkan kuah dari isi. agak-agak le kalau nak bercerita kan.. ikut le info yang seadanya. jangan le nak tokok tambah plak... contohnya macam vedio kat bawah ni.

Terbang nya tak le tinggi sangat, diceritanya sampai ke bulan.. tu kuah le tu kuah le tu haha....entah ape-ape.. dalam banyak-banyak mesti ada berperangai senonoh segini, tipu kalau tak de.

oleh yang demikian... kita jaga le tutur bicara, tak kisah le dengan sesiapa pun kita sembang. Maknanya jangan pilih bulu kalau nak berkawan..


29 Mei 2012

Apa ke jadah nya lelaki ni???

Ni gurau jenis apa plak ni? huh... leh buasir org beb kalau wat mcm tu. entah apa-ape le lelaki ni..
kat tempat umum plak tu, 

Tak kisah le kat tempat umum ke tak tempat umum ke, bahaya ko tau tak.. entah ape2 le perangai.

kenapa le ko ni x senonoh sangat. Ni wat peringatan untuk kita jugak... sopan le gaya tu kalau nak ambik air ke nak beli air ke, tak de orang nak ambik kesempatan sangat.


Misteri lembaga wanita didalam kereta sinar Harian

Kisah ni terjadi di KULIM, ada seorang rakan yang berada didalam kereta perodua kancil Sinar Harian cemas apabila ternampak ada lembaga wanita disebelahnya dibahagian tempat duduk belakang. Kejadian ni berlaku hari khamis minggu lepas 24 mei 2012 ,apabila seorang wartawan sinar harian anggota polis berpangkat koperal dan seorang rakan melalui jalan bukit lengkok kira-kira jam empat pagi. huss bayangkan masa tu,, kat belakang kereta sinar tu kita yang drive.. agak-agak korang nak terus kan perjalanan ke atau hendak patah balik..

Boy pikir le kan ada yang  terangkat bulu jantan bila tengok lembaga tu haha... sama gak kalau boy pun, pasti nekad tak lalu dah kawasan tu kalau drive, nak tak nak tunggu siang je le... kalau nak teruskan perjalanan pun.

Tapi kes yang macam gini memang selalu terjadi, tak kira kat kawasan mana pun. yang penting mulut tu jangan cabul sangat... kot-kot nak uji keberanian le tu. jangan beb jangan dibuat.

nanti kang... dibuat nya lembaga tu,, sentuh bahu. haaa, stering kemana? pintu kereta kemana,  ok le kawan.. beringat le masa sebelum jalan tu. Baca Doa ikut kepercayaan masing-masing.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pstt,,, (selamat hari gawai boy ) -_-V


sepating bungai jarau - Rickie Andrewson


21 Mei 2012

Zuckerberg berkahwin dengan wanita cina

a
Pengasas laman sosial facebook  telah menamatkan zaman bujangnya dan melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya ,priscilla chan.

majlis tersebut dihadiri 100 tetamu di kediaman Zuckrberg di palo Alto, california, ia berlangsung sehari selepas membuat tawaran awm awal (IPO) bagi menjual shamnya di pasaran terbuka.

Zuckerberk 28 memberikan sebentuk cincin batu delima kepada priscilla chan 27.

Perkahwinan ini dirangcang selama beberapa bulan kerana Zuckerberg menunggu Priscilla menamatkan pengajianya dalam bidang perubatan di sekolah perubatan San Francisco, Universiti California.

Zuckerberg yang juga ketua Pegawai Eksekutif Facebook mula berkenalan dengan Priscilla di universiti Harvard AS pada tahun 2004.





05 Mei 2012

Sertai Contest dan menangi Rm200 3mei 2012 Tamat 31 mei 2012

Salam.....
kawan-kawan .. moga u all sihat hendaknya. Pada entry kali ini, Boy nak cerita la, pasal boy ada join satu contest... memang menarik beb.. hadiah pun lumayan juga. Rm200.. wahhh best tak?
best la, siapa tak nak rezeki tu... Tapi bukan bagi macam tu je, kena sertai contest dulu senang je nak dapat pun.

langkah-langkahnya ada kat bawah ni.


<center><a href="http://www.careeron9.com/" title="Iklan Jawatan Kosong Terkini Di Malaysia 2012/2013."target="_blank"><img border="0" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi7eFEFZNkeshaNtOp97qzAz7r8j5o7V2m0U5s1ygYKzPXdHR554-ZaL4COjYn4VLuoJRQ5A9L8Wp7GqHZIi8zO8ikoEfJEaHrxjD2J9koVJjf-JrprYpsQa0VePJoBvyHoDUMr7wAYu9s/s1600/JAWATAN+KOSONG.gif" alt="Iklan Jawatan Kosong" /></a><br></center>

Hasilnya akan seperti gambar dibawah bilangan (4) ni.. Boy dah save dah kod ni kat ruangan back link ... anda bila lagi rebut le peluang ni.. Bukan tu saja  kebaikannya save link ni kat blog kita. Antara sebabnya kenapa? adalah kita dengan mudah tahu ada perjawatan kosong KERAJAAN mahupun SWASTA hanya melayari blog  www.careeron9.com 


Boy telah menyertai contest dan mematuhi segala step yang dikehendaki.

1.like kat facebook pun dah siap komen lagi tu :)



2.boy dah folow blog anda bila lagi?


3.Blog ini menarik untuk di layari kerana ??????? kita perhatikan header  blog seperti gambar dibawah. macam-macam ada beb... tu hanya kat gambar je. Belum layari lagi.. kalau dah pergi mesti banyak info yang diperolehi. info kat saudara mara kawan-kawan yang belum mendapat pekerjaan. Mana la tahu rezeki murah,,,,, dapat juga kerja. Siapa yang senang mereka dan keluarga mereka yang senang dikemudian hari.

4. copy kod yang di atas dah hasilnya seperti gambar di bawah bilangan 4 ini.

    Iklan Jawatan Kosong

ape lagi... join contest..


rebutlah peluang yang ada.... mudah kan nak dapat rm200...

pst: mudah-mudahan boy memenangi contest ni hehe... (^_^)v






_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

30 April 2012

Hipokrit la brader ni... :)


Senang cerita kita fikir fositive ja pasal gambar ni, Tak kan la lambang baju je  mempengaruhi jiwa dan raga kan kan ;)

Macam boy jugak le tu, Boy suka pakai baju  club liga engris  tapi bukan maknanya boy main bola setandingan atau pun setaraf ngan dia orang kan. Ia lah tu kan cuma baju je, Orang jual   ada bajet lebih kita beli apa susah, bajet tak de diam je.

Tapi tadi ada juga PM cerita pasal kenaikan gaji ni, bagi yang kerja kat semenanjung malaysia rm900 minimum, yang kat sabah swk pula rm800. takat tu je pun boy tengok kat tv tadi pasal sakit perut sangat tak tahu mungkin sebab makan tembikai banyak tadi kot dah terbatal nak perabihkan rancangan tv tu.... Tapi tak pe sedutan kat you tube kan ada... layari je...

 Sambung balik cerita baju, tapi kan rata-rata boy tengok orang suka sangat menilai seseorang manusia ni melalui baju yang dia guna. Pakai pakaian rock pun bukan bermakna dia jahat. Pakai Smart mana pun bukan bermakna dia baik, Manusia ni macam-macam ragam kehidupan. 

Begitu jugak dengan pakai pakaian lain. Baik popoan mahupun lelaki, Mana le tahu kot-kot terpengaruh ngan gaya pemakaian dah percaya bulat-bulat cek-cek tertipu di akhir cerita. Kan dah naya badan....

Sering dah benda tu jadi, tengok gaya pemakaian bukan main tertib nya adat. tapi di belakang tadbir haaaa terhurai segala-galanya, baik tersurat mahupun tersirat... oleh yang demikian kita sama-sama berhati-hati jangan mudah terpengaruh ngan gaya pemakaian seseorang....

sempena hari pekerja ni boy ingin mengucapkan selamat HARI PEKERJA 1 MEI 2012 buat Pembaca.
jaga diri hiasi pribadi.... bukan tu jugak tutur kata pun sama. Dari tutur kata orang akan kenal siapa diri kita. :)

27 April 2012

Saya tak nak lawa yang penting ada

Cerita pasal "lawa" ni semua manusia nak kan yang  pakwe atau makwe lawa, Tak cerita lagi pasal rumah ,kereta apa semua tu, semuanya nak yang lawa.

Kehendak manusia memang tak dinafikan la, semua benda dia nak kalau dapat. Tetapi disaat mengejar kehendak tu, tengok-tengok juga periuk nasi macam mana. Kang tak pasal-pasal tak cukup pulak periuk tu.

Aku bab-bab lawa ni memang aku sensitive sikit, sentuh plak bab kereta apa yang paling lawa, aku orangnya yang pergi dulu. Tapi sekadar tengok jelah... tak padan ngan poket haha

Nak dijadikan cerita, kehendak aku bab kereta ni tinggi beb. korang tengok gambar kat bawah ni.. nampak tak?

stormtrooper-super-car-ferarri-enzo-gemballa

"Wa tak kisah sangat, kalau korang nak tumpang" haha,,,angan-angan le jenin ni hehe... Tapi itu cuma kehendak je bab kereta ni. 

Walaupun kini boy tak mampu nak miliki tapi tak pe, Kereta "ford" boy tu pun dah memadai yang penting boy nak gi mana-mana kawasan tak kena hujan. Sama juga walau pun sampai nya lewat yang penting selamat... kena pulak dah habis bayar, Tak serabut kepala boy nak fikir tiap-tiap bulan.

syukur dengan apa yang ada. Kehendak ni tak leh ikot sangat naya badan. orang kata apa?
'Kalau nak pakai baju tu, ukur baju dibadan sendiri" Badan saiz L beli baju saiz XXL tak ke pelik jadinya...

Pembohongan seorang insan bernama "Ibu"

Boy ni nak kata rock tak juga, nak kata kan jiwang tak le juga, tapi bila boy baca satu kisah ni, hati boy cair beb... tersentuh....... boy pun susah nak cakap. Adakah pembohongan ini untuk kebaikan anak atau si ibu....

Kita fikir sendiri beb.... walaupun kita ni miskin ke kaya ke. Tapi kalau pertalian ngan seorang ibu terjejas maksudnya saling tak sefahaman tak de jadi menda jugak...

Tapi ibu-ibu muda sekarang ni boy tengok, kat TV k atau media-media bercetak. huh.... suka-suka je diaorang buang anak dalam tong sampah la... kat semak la. macam-macam lagi lokasi tersembunyi diaorang letak.

Tapi tak tersembunyi mana pun, last-last jumpa jugak kat orang. Mana yang tak terjumpa tu, entah dia letak baby tu kat semak mana entah. tak pe.... kat dunia ni memang tak jumpa... tapi masa kita meninggalkan dunia yang fana ni, akan terjumpa jugak. Nak lari macam mana beb? tak kan dapat punya la,,,, kita fikir sendiri.

 Kalau tak nak sangat baby tu bagi kat orang lain apa susah? mana yang ada niat nak buang baby tu, baik batalkan. tak-tak pun bagi kat boy. Boy suka anak ramai meriah rumah.

Sembang banyak pun kalau tak ke Point tak jadi menda,,, jom kita sama-sama merajinkan diri sebagai seorang pembaca. baca gambar yang boy maksudkan di bawah ni, info ni boy petik dari rakan-rakan di facebook.. best jugak info ni,,, untuk pengatahuan kita bersama :) selamat membaca
Gambar 1 daripada 3

Gambar  2
Gambar 3 daripada 3

:( rindu ibu ngan Ayah :(


26 April 2012

Kenapa sedih ? saya tak sedih pun.. :)


Korang pernah tak sedih? Tak yah jawab k, tahu dah pasti pernah, Habis tu macam mana pulak cara mudah korang hilangkan sedih tu, Takkan senyum je,,, senyum macam mana pun kalau dalam hati tu sedih lagi tak kemana jugak... pasti tak selesakan.

Sembang dengan kawan-kawan "ehh tak de la, mana ada aku sedih" cakap mulut memang mudah beb
tapi hati tak leh tipu. Hati ni walaupun dia tak de gelombang suara sampai kat telinga. Kalau dia dah luahkan sesuatu tanpa nada kita akan terasa beb..

power ke tak suara hati? power,,, tipu kalau kata tak power. Kena pulak suara hati berkata" aku Cinta dia" tapi mulut kaku nak luahkan. leh jadi sasau beb,,, anggau pun ada.

Walaupun kita sedih macam mana pun, mesti ada ubatnya. tetapi jangan pulak gara-gara nak ketenangan ambil ubat yang salah.... Maksud boy ambil dadah ke? minum minuan keras ke.... atau ape-ape yang boleh memabukan.

Sabar ok kalau sedih tu. Hasil kesabaran tu akan dapat hadiah gembira le hendak nya :)

Cerita artis

Jadi seorang artis memang best, pegi je mana-mana kawasan mesti ada yang kenal, Ape tak nya nama pun artis.





                                <-- hehe-->
                                     (^_^)v







Kena pulak dua tiga kali dapat anugerah lagi le namanya melekat kat hati peminat. Tapi kalau nak jadi artis bukan mudah ohoww,, payah. ingat senang ke berlakon susah ape... hehe,

Macam la boy ni ada pengalaman berlakon kat Tv, haha.... tak pernah beb.. tapi kalau di beri peluang tu siapa tak nak beb... kena plak digandingkan dengan pelakon idola, mahu tak melompat suka....

"boy tahu dah pembaca ni pun nak jadi Artis jugak kan hehe" saja je boy teka-teka... Atau entah-entah memang pelakon....

Dibawah ni boy tinggalkan beberapa link untuk dikutuk. haha jangan le kutuk komen-komen yang membina tak pe le jugak,,,, :)

ARTIS MALAYSIA


- Bekas isteri Ajai, Nurul bakal berkahwin mat saleh
- Gambar Datuk K ditangkap kantoi bermesra dengan Rozita
- Pesanan Fara fauzana DJ HOT FM kepada pengguna facebook
- Vedio Zarina Anjoulie rela beraksi panas jika dibayar (hot)
- Vedio honeymoon Yusri dan Lisa Surihani
- Star you tube

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Ada pulak tak puas hati kat facebook

Ni ape kes plak ni? mengamuk je muka angkat sepanduk. Nak bagi kat siapa sepanduk tu?
ohww mungkin nak bagi mesej kat sapa-sapa yang ganggu suami dia  kat facebook kot...

Entah lah kalau pernah menghadapi situasi yang segini kita, baik relex dulu tarik nafas panjang-panjang.
mana le tahu kot-kot khabar berita dari facebook tu. yang suami konon-konon dikacau, atau sememangnya saja mengacau, Kalau tak de bukti yang beliau bersalah tak payah nak pikir bukan-bukan.

Tapi kalau dah terbukti tu,,, tak boleh boy nak tolong cuma bagi nasihat je kat sapa-sapa yang pernah alami situasi  banyakan bersabar.

Kalau ada kes yang macam ni. Boy pun tak leh nak tolong. Sebab perasaan manusia ni berbagai-bagai.
ada yang mudah prasangka buruk, Tapi tak lupa juga yang hatinya baik dan boleh terima kenyataan.

Apa yang penting kita fikir fositive di dalam situasi apa pun, entah-entah popoan yang dikatakan ganggu suami di facebook tu cuma rakan sekerja, tak-tak pun saudara mara. Yang si isteri mungkin tak kenal lagi..

Bukan nak menyembelahi mana-mana pihak, tapi itulah realiti kalau kita berfikiran fositive.


pst- Ada plak yang kata, kalau dah kawin tu tak yah le ada akaun facebook
pst- Ada plak yang  kata, facebook ni untuk yang belum kahwin je ke?
pst- Ada plak yang kata, Lantak le dia nak cakap apa. yang penting aku bahagia bukan kerna facebook
pst- Ada plak yang kata, "baik berbloger dari berfacebook hehe" ;)





_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me