✿Sarawak Blogger✿ Guru yang Mempunyai Ciri-ciri Kreatif (10 tips) - Marvin Mawan

14 Jun 2012

Guru yang Mempunyai Ciri-ciri Kreatif (10 tips)

Menjadi seorang guru bukannya mudah, tetapi ada juga yang tak memahami apa sebenarnya tugas dan tanggung jawab sebagai guru. Guru adalah sumber segala ilmu, oleh itu kita kena le hormat kat guru kita. Tak kisah guru apa pun, guru kat sekolah ke, guru kelas tari menari ke, guru memasak ke. Dan banyak lagi yang boleh di ketogerikan sebagai guru.

okeyy,, sebenar nya hendak jadi guru ni. kena mempunyai ciri-ciri yang baik dan boleh di contohi melalui kehidupannya atau yang berkaitan, jangan pula mencontohi ciri-ciri guru yang tak baik nanti kita pun akan jadi tak baik.

Ciri-ciri kreatif yang boy hendak kongsikan kat sini adalah, 

1. Memberi peluang kepada pelajar untuk memainkan peranan masing-masing. ( jangan pula pilih kasih bagi peluang kepada pelajar yang di kasihi je, ini tak adil)

2. Mengalakan pelajar mencari jawapan terhadap sesuatu masalah. (sebagai guru kena le bagi masalah haha, bukan maksudnya macam tu okeyy )

3.Boleh memberi galakan dan berupaya memperkenalkan pembelajaran baru dengan penuh minat kepada pelajar. ( walaupun pelajar tu kacak atau cantik jangan bagi dia je galakan walau pun timbul perasaan minat tu hehe kena adil le, nanti yang comot muka mcm boy cembuyuuu plak hehe LOL)

4.Menggunakan pelbagai jenis bahan pendidikan dan bahan bantuan mengajar. ( ni senang je buku rujukan le tu, kepada guru masakan tu, kena le ada bahan nya. kalau tak de macam mana nak masak kan kan hehe)

5.Membantu pelajar memahami makna dan integrasi isi kandungan kurikulum, ( kalau nampak je pelajar tu diam bila ditanya dan garu-garu kepala yang tak seberapa gatal, guru kena bagi tahu le biar dia faham. jangan dok diam je, tau tau nak marah. tak bek tau tak beakk.

6.Mengalakan penyertaan pelajar secara optimum dalam kelas. ( walaupun kita tahu pelajar kita tu tak seberapa minat hendak menyertakan diri, sebagai guru kita kena le bagi galakan. jangan terus mencemuh "ape le pelajar saya sorang tu, tak reti nak bergaul ngan orang lain" jangan cakap macam ni ok)

7.Mengutamakan interaksi pelajar dan pelajar berbanding penguasaan guru sepenuhnya didalam kelas.
( ye la kan bukan dalam kelas je kita hendak berinteraksi sesama pelajar luar kelas pun apa salahnya untuk berinteraksi, leh jadi pelajar akan rapat dengan kita. dan akan timbul minat dengan apa yang kita ajari.)

8.Menghormati dan mendengar buah fikiran dan sumbangan pelajar walaupun buah fikiran itu kurang baik. ( ya la,,, sebagai guru kena le dengar dulu luahan pelajar nye,, jangan dok pangkah je apa pendapat yang pelajarnya bentangkan, nanti pelajar tu tak akan timbul minat dengan pelajaran yang di ajari.)

9.Melibatkan pelajar membuat keputusan dan bertanggung jawab terhadap keputusan yang dibuat. (sebagai guru kalau buat apa-apa keputusan bawa pelajar-pelajar berbincang sekali, supaya mereka mudah memahami apa pun tanggungjawab yang di beri.

10.Memberi penekanan yang minimum kepada keputusan peperiksaan atau gred pencapaian pelajar. (jangan dok tekan-tekan kepala pelajar tu kalau dia gagal okeyy hehe,, dah le pelajar tu tetekan sebab gagal guru plak tekan-tekan kepala dia naya anak orang kalau wat macam tu :)

okeyyy cukup le takat ni wat masa ni. boy kongsikan tips yang simple buat kita bersama. saling sapa menyapa ye, jangan dok diam je kalau jumpa kat mana-mana. orang selalu kata cinta biar le 1 kawan biar beribu, kalau berjuta lagi elok. Sebagai manusia tak lari dari kesilapan. mana yang silap tu maafkan aje ye.. tak sengaja.

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

0 comments: