✿Sarawak Blogger✿ 03/01/2012 - 04/01/2012 - Marvin Mawan

29 Mac 2012

Apa nak jadi negara ni suatu hari nanti!!!

Cakap banyak nanti orang cakap lebih-lebih pula. baik duduk diam ja...

Tak boleh ke? berkerjasama mengendalikan pentadbiran negara ni. Tak payah nak menyalahkan mana-mana pihak.

semua nak berangapan diri ja yang bagus. Orang lain semua salah, huhsss suatu hari nanti kalau berpanjangan macam gini keadaannya negara ni.

Memang tak dinafikan kucar kacir la negara. Nape? tak tengok ke keadaan perang, rusuhan sana rusuhan sini kat luar negara tu.. kita dah kira ok ape aman makmur. Ni ada pula yang hendak kucar kacirkan keadaan negara.

come on lah ... aduhyaiii....

Mesti ada yang cakap macam ni. ehh mrboy mana ada negara kita ni kucar kacir. memey la tak de, yang kat tv tu ape? Yang ni memperburukan dia ni yang ni pula memperburukan dia tu.

mrboy plan baik korang bergabung buat satu misi hanya untuk rakyat dan negara, Tak ke elok kalau bergabung tenaga. korang semua pandai-pandai.

soryy ekk kepada sesiapa yang terbaca keluhan merepek ni.



22 Mac 2012

Akibat mabuk tersalah cium pulak.. aduhhsss

Ni ape ke heyy la dia orang ni...
 wahhh indahnya dunia ;)

laaa,,, semakin intim nampak.
tapi ada satu tangan asing yang mencuit 
bahu lelaki yang berbaju putih tu.
ni mesti kawan lelaki yang berbaju putih tu.
haaa memang kawan dia pun,
"ehhh nape ko cium dia tu, ko dah mabuk ekk?
ko tak tahu ke dia tu bapok... haha
oiii kau ambik kesempatan ehhh 
;)
haha ganazz muka dia hot tu,, bab tersalah cium haha
slambe je bapok tu 
meninggalkan kawasan kejadian hahaha

------------------------------------------------------------------------------------------------

Akibat mabuk tak ingat dunia.

nak salahkan siapa tu??
haaaa 

"belajar menerima kesalahan diri sendiri,jangan pikir nak menyalahkan orang lain je"

Kalau orang cakap tak payah hendak menyampuk

Entah ape-ape la, mamat tu hehe. cerita yang hendak dicerita kan ini bukannya kisah seorang lelaki yang bernama "mamat". Jangan kecik hati pula yang senama ia.. fikir fositive  jangan mudah terasa, ukeyy

Alaa jadila profesional sikit, yang ko mudah sangat terasa buat ape. cool bro usia pun dah menjangkau tua.Bukan budak-budak lagi. Jangan nampak muka matang tapi hati ha,, malas nak cakap la kan, kalau cakap pulak terasanya menjadi-jadi.

Kalau orang lain tengah sembang tu, tak payah la nak menyampuk . Apelah salah Tunggu dia habiskan dialog dengan orang yang lain baru keluarkan pendapat ke, cadangan ka atau nak bawa pegi serapan sama-sama dan ko belanje,,haaa,,

Hormat la orang yang sedang sembang tu, apee la, tu pun nak bagi tahu. Ukeyyy kalau awak pulak sedang shok sembang dan orang menyampuk tajuk entah ape-ape entah agak-agak ko suka tak.

haaa..dah kena..baru terfikir pasal hormat menghormati. Yang ko tak hormat orang dulu kenape?
sebab ko berpangkat dari dia, atau  ko kaya berharta berpengatahuan? Tak yah pikir macam tu.... nanti kalu ko pancit ke tayar kat tepi highway orang toleh sebelah mata pun tak. Masa tu baru hendak ingat ada kawan sejati, kawan baik, kawan sekolah dan banyak lagi.


Menyampuk dari luar: "boy nape ko update entry sai menyampuk"?

Aku: saje beb boring yang ko menyampuk wat pe haha?  laaaa jangan marah beb gurau je.

Ini pun dah memadai.

kehidupan seharian ini. kalau nak ikut nafsu sangat memang berisiko tinggi, mana tak nye.. tengok barang tu cantik nak yang tu ,tengok yang ni cantik nak yang ni pula.semua benda semua  dia nak sapu habis.

Apa lah salah belajar kawal emosi sikit, tak yah nak kelam kabut dan gelojoh buat keputusan. contoh paling mudah  macam makanan, Pegi warung semua dia nak makan last-last terover le gemuk.

Bukan bermakna boy cakap gemuk ni salah, tak salah pun. kalau gemuk kan orang kata sihat. Tapi jangan lupa dari kegemukan kita penyakit berlambak-lambak hendak tumpang kat badan kita, Hasilnya kita pula yang akan hadapi risiko kesihatan yang tak stabil.

Begitu juga dengan kehidupan kita seharian, Contohnya jiran tetangga. "wahhh jiran kita dah ada kereta baru la bang, kita bila lagi nak tukar''? haa... bagi suami yang tak leh kawal emosi, mula la nak bersaing sesama sendiri.

Tak payah nak ikut kehendak orang 100%. naya badan kalau ikot sangat. Tapi kalau mampu tak pe la juga, kena yang tak mampu. Dah satu kerja nak hutang sana, hutang sini gara-gara nak bersaing. Tak sampai hujung bulan bajet dah kering kontang.

Pun ada juga yang jenis hendak jadi orang lain, boleh tu, bukan tak boleh jadi orang lain, tapi jadikan kebaikan dia buat tauladan bukanya tauladan yang kurang sihat.

shukur dengan kehidupan yang dah sedia ada ni, Tak yah nak jadi orang lain. jadi diri sendiri pun dah memadai. Ape?? tak shok ke jadi diri sendiri? kalau diri sendiri dah tak berpendirian tetap, macam mana orang nak bagi kepercayaan kat kita. Sekejap kata A kejap kata B, macam tu le lebih kurang contohnya tak berpendirian tetap ni.

ukeyy.. boy fikir "ini pun dah memadai" untuk update kali ini. sebelum terlupa satu boy nak pesan.
'Jangan lah sombong' orang tak suka kalau kita sombong. peringatan ini boy selalu pegang untuk panduan diri sendiri.

21 Mac 2012

Membesarkan gambar didalam blog bila cursor menyentuh

Membesarkan gambar di blog berkemungkinan ramai yang dah tahu, tetapi kepada yang baru mengatahui, ini adalah satu maklumat baru bagi anda, yang sepatutnya kita kongsi bersama-sama rakan yang lain.
caranya amat mudah, dan senang di fahami
okeyy langkah-langkahnya ada boy senaraikan dibawah ini.

1.Log in -dashbord -Design -Edit Html
2.Tekan Ctrl F serentak, dan cari kod
    <head>
3.Copy kod dibawah ini.

     <style>
    .post img:hover {
    -o-transition: all 0.3s;
    -moz-transition: all 0.3s;
    -webkit-transition: all 0.3s;
    -moz-transform: scale(1.2);
    -o-transform: scale(1.2);
    -webkit-transform: scale(1.2); }
    </style>




4.Pastekan kod tersebut dibawah <head>
5.Contohnya seperti kod yang berwarna hijau dibawah.






<head> 
  <style>
.post img:hover {
-o-transition: all 0.3s;

-moz-transition: all 0.3s;

-webkit-transition: all 0.3s;

-moz-transform: scale(1.2);

-o-transform: scale(1.2);

-webkit-transform: scale(1.2); }

</style>  








6. Dan seterusnya Save.

7. Hasilnya gambar akan membesar seperti dibawah ini.

8.Selamat mencuba boy pasti anda akan berjaya. 

20 Mac 2012

Jangan sombong okeyy

Kita hidup ni .. tak yah le nak sombong sesama kita. Takkan jadi apa kalau sombong pun.
pernah tak dengar cerita siapa sombong paling tinggi, ia dapat hadiah, tak de nye...

siapa minat dengan orang sombong ni. ehh kalau ada yang minat tu, mungkin dia tak tahu beza mana baik mana buruk untuk kegunaan hidup dia.

Untuk ape sombong . untuk ape? jom kita fikir sama-sama, hasilnya orang tak suka lagi ada. Pelik aku nape le suka sangat hendak menyombong diri. Mungkin dia ingat dia dah baik sangat kot, atau pun ilmu dia dah banyak sangat untuk disombong kan kat orang lain.


ok senang cerita macam ni je la, kalau kita rasa diri kita pandai, smart, kaya, berkerjaya, berilmu dan banyak lagi ketogeri yang mungkin boleh menyombongkan diri ni. Entah-entah orang lain mungkin lebih baik dari hidup kita, tapi saja ja tak nak tunjuk .


susah nak cakap lebih mengenai sombong ni, kita bagi nasihat macam mana pun kalau jiwa dia dah sebati dengan perangai yang dia kata elok tu. tak jadi menda... 


bior la... hak dia nak macam tu. Tapi, kalau boleh hilangkan sikap tu kalau ada, 


Peringatan yang segini, boy pesan untuk diri boy.... supaya tak memiliki sikap sombong dengan orang lain . Tapi kalau orang chop kita sombong jugak padahal kita tak sombong, tu pun jadi satu masalah besar.


Ape-ape pun sabar je menghadapi semua pekara tu. :)

15 Mac 2012

Budak kawan ular sawa


Hebat le budak ni, Kalau boy la nampak haiwan sejenis ni, 
apatah lagi meniarap sentuh pun tak berani.

13 Mac 2012

Lelaki mengandung dan beranak [Gambar]


Sekadar gemok dan keadaan perut comel ke hadapan
tak la heran sangat biasa la tu kolestrol.Tapi yang memelik kan kepala ni, dibuatnya ada baby pulak kat dalam tu , aduiii kalau popoan tak pe la, ni lelaki pula. tak komfius jadinya.


ni masa baby tu nak keluar, siap kangkang plak tu huh... 


agak-agak baby tu keluar tu dari mana? kita fikirle sama-sama


Boy pun tak pasti adakah anak pertama dan kedua tu, hasil dari kandungan ayahnya.


terbalik sangat-sangat kes ni. suami terbaring kat katil selepas bersalin isteri pula melawat.
jom kita "garu kepala" ramai-ramai walaupun tak de kutu, ;)


pelik tak?


habis isteri tak melahirkan anak ke?



macam mana le. kalau anak dia dah besar. pas tu anak dia tanya. 
"ayah lahirkan kita ke? masa 9 bulan "kita dalam perut ayah ke?
'kenapa leh jadi macam tu ayah'

-------------------------------------------------------------------------------------------------

"Apa yang terlintas dalam pemikiran boy"

ayah tu akan jawab

"ayah dulu sebenarnya perempuan, tapi dah opret dah, mak wak dulu lelaki pas tu opret"

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

tetapi jawapan yang boy bagi tu. jangan katakan "YA" pula..

mungkin jawapan dari korang lagi tepat dari jawapan boy.



12 Mac 2012

imej terkini kawasan bencana jepun [peta google dikemaskini]

Ini adalah gambar google map yang telah dikemas kini mengenai kawasan bencana di Jepun. Pada ulang  tahun gempa bumi dan tsunami di jepun pihak google telah memperkemaskinikan peta google imij melalui satelit terbaru di kawasan terbabit.

Seperti yang kita lihat pada gambar dibawah ,imej terbaru meliputi pantai Norttheastern dari hachinohe di Amomori wilayah Hitachi City di  wilayah Ibaraki.


ingin mengatahui dengan lebih teliti mengenai pembangunan di  kotak  hijau di atas  pembanguan tempoh setahun negara jepun telah dilanda gempa bumi dan tsunami tersebut anda boleh melayari laman sesawang ini. GOOGLE EARTH

Era kebangkitan negara jepun dalam tempoh setahun amat ketara sekali. Terdapat tanda-tanda kemajuan  yang telah di baik pulih. pembaikan jalan-jalan besar perlabuhan kembali sibuk seperti sedia kala.

sebuah negara yang patut dicontohi dan sangat berpontensi dibidang pembanggunan.


11 Mac 2012

Cara tidur paling selamat ditempat kerja.

Masa kerja kat kilang ke, pejabat ke korang pernah tak terasa badan penat sangat? Kalau tido kat atas meja dah pasti bos senang nak tres, silap-silap kena tengking depan rakan sekerja.
untuk mengelakan supaya selamat tak dikesan semasa tido di tempat kerja.

Kat sini boy ada dua gambar yang mungkin boleh membantu, supaya hilang penat semasa berkerja.


susun kotak-kotak seelok yang mungkin di tepi dinding kat tempat kerja.

lubangkan kotak tu separuh, dan letak tempat duduk. lepas tu suruh rakan yang leh simpan rahsia
tolak betul-betul rapat kat dinding. pasti bekesan ~hehe~

tapi kalau dengkurnya kuat macam kapal, kebetulan bos lalu pula. 
Akibatnya boy tak jamin hehe
kita fikir la sendiri.

 

Ratusan banduan mati kebakaran Penjara Honduras [gambar]

Berita mengenai ratusan banduan yang terperangkap di penjara honduras, Ada segelintir daripada kita dah tahu cerita ini melalui berita yang disiarkan melalui media elektronik mahupun bercetak.

Mungkin juga ada dikalangan antara kita yang tak tahu mengenai cerita yang menyedihkan ini. Demi kawan yang belum tahu boy akan berusaha untuk menceritakan balik kisah sedih dipenjara honduras.


Menurut info yang diperolehi seramai 375 banduan disahkan mati terbakar yang menempatkan 800 orang banduan. Di sebabkan api yang marak dan tak dapat dikawal menyebabkan waden penjara tersebut tidak dapat menyelamatkan ratusan banduan, dan meninggalkan banduan tersebut menjerit kesakitan di dalam sel masing-masing.

Kejadian ini berlaku di kira-kira 75 kilometer ke utara negara Tegucigalpa,Honduras. Berdasarkan laporan Reuters, Ketua perkhidmatan Forensik di Comayagua, Lucy Marder berkata, mengikut laporan polis, seorang daripada mangsa yang terbunuh adalah wanita dan yang lainnya lelaki. Tetapi turut menyatakan yang disangka mati mungkin melarikan diri.

Media tempatan melaporkan, ketua bomba Comayagua turut terbunuh dalam kebakaran itu. Insiden kebakaran di penjara ini adalah yang terburuk di Amerika Latin . Tentera,polis dan ahli keluarga bimbang dan berhimpun diluar penjara .

Semoga insiden ini menjadi iktibar kepada kita dan semua Khususnya pihak yang diberi tanggung jawab menguruskan penjara.

Kita kena ingat ni walaupun mereka banduan bukan bermakna kita melayan mereka seperti binatang, mereka pun manusia seperti kita yang mempunyai perasaan

10 Mac 2012

Invisible Mercedes

Tak tahu nak komen ape?
mengenai mercedes ini,
apa yang leh di ungkap dengan kata-kata cuma
huh... canggihnya leh invisible plak tu.
kalau dapat sebijik kan best,
tapi berisiko juga kalau guna kat jalan raya. Tak pasal-pasal kena langgar dek kereta lain. pas tu nak salahkan siapa.?
siapa suruh invisible sangat kereta tu tul tak tul tak ~hehe~


Nak tahu lebih lanjut mengenai kereta tu
jomm kita saksikan vedio ni.






''Puteri yang ditukar tv3"Gambar aksi ghairah Nikita Willy tersebar..



Pelakon comel 17 thn ini yang berasal dari indonesia yang sering ditayangkan di TV3 melalui drama sinetron 'puteri yang ditukar' setiap isnin dan khamis pada pukul 2 petang. digemparkan dengan gambar-gambar seksi yang menghairahkan.

Termasuk boy juga pun minat kat dia ~hehe~ Biasa le tu dia kan pelakon kita kan penonton dah tentu lahirnya rasa minat. Minat lakonan dia je,, penyabar orangnya bila masa berlakon watak yang dilakonkan nya.

Tetapi adakah dia akan terus bersabar, apabila dia mengatahui bahawa gambar dia yang seksi tu dan menghairahkan tersebar di internet.

Boy pun tak tahu nak cakap bahawa gambar tersebut cuma photoshop atau real gambar Nikita Willy.
apa kata kita saksikan gambar yang boy maksudkan ini.



Kalau gambar ini hanya cuma photoshop dari pihak yang tak bertanggung jawab dan semata-mata ingin menjatuhkan nama Nikita Willy. Sebagai peminat boy tumpang simpati sangat-sangat. ciann dia....

Tapi leh caya ke kalau photoshop? apa yang pasti "jawapannya ada pada diri yang empunya badan"

Ribut sistem solar yang menganggu sistem magnet bumi

Menurut maklumat yang di perolehi daripada pakar cuaca Atmosfera pentadbiran kebangsaan Amerika Syarikat (NOAA) Gangguan ribut solar tersebut akan menganggu grid kuasa ,trafik kapal terbang dan sistem navigasi satelit. Sainstis kerajaan meramalkan intensiti ribut -awan besar zarah bercas melahirkan dua nyalaan suria.

Dan akan menyebabkan gangguan komunikasi di kawasan Kutub bumi dan menyebabkan pertukaran laluan oleh syarikat penerbangan untuk mengelakan masalah. Ribut solar tersebut berkemungkian akan menjadi kuat dan menganggu sistem GPS.



Saintis tersebut meramalkan ribut solar berkemungkinan akan bertambah kuat aktivitinya. Seandainya ramalan yang di ramalkan itu adalah benar, maknanya penduduk bumi akan menghadapi satu masalah besar iaitu sistem komunikasi..

Minta-minta la ramalan tu tak betul, Kalau betul macam mana boy nak update blog kalau sistem komunikasi terganggu.

VEDIO MENGENAI RIBUT SOLAR YANG DI AMBIL PADA
06 MARCH 2012

Aktiviti hari ini 09 march 2012


Rest kat tepi pantai, balik joging.


Ada sesetengah org tu gambar diri dia sendiri ~hek hek hek~


Pemandangan di ambil dari sudut kiri

Nak tahu tak pulau apa tu,. tu pulau jiran negara kita singapo :)
best kat lokasi ni ada khas tempat memancing bayaran kalau tak silap 
Rm10.00 org kampung cakap banyak ikan kat situ. Tapi boy tak pernah try memancing kat situ.


Pemandangan di ambil dari sudut kiri
dimana kelihatan rumah penduduk kampung 


Pemandangan di ambil dari sudut kanan
tenang ja kan air tu. gambar ni masa petang tadi.
Tapi kalau kita pergi pagi. Banyak monyet satu famly gi main kat pantai tu
Motif utama monyet-monyet tu gi situ boy pun tak tahu. Takan la nak gi memancing kan ~hehe~








09 Mac 2012

Susah beno berkerja dengan orang belagak pandai ni

Sembang dia yang betul
tapi bila masa bos cek
salah pula. yang naya aku yang kena buat semuanya. huh,,,,

Kalau tak tahu cakap je tak tahu, apa susah sangat. Tahu la yang pengalaman kerja dia dah lama tapi dari segi hasil kerja idea budak baru lahir ni juga yang diguna pakai masa pembentangan dalam mini mesyuarat.

Tak payah la nak tunjuk tahu buat ni buat tu tapi bila dah ditinggalkan sorang-sorang kat ofis, terkapai-kapai pula nak buat.

budak mentah yang berhingus yang selalu kena tengking ni juga yang dicari. Ape la sikap...
kalau nak menonjol pun depan bos tak payah la berlagak pandai.

Boy bukan kata yang boy pandai buat kerja tu, Tapi kalau tak tahu tanya pada yang tahu. boy pun sering juga tanya orang lain kalau tak reti  buat kerja penugasan yang diberi,

Susah sangat ke nak tanya orang ni. come on lah... janganlah berlagak bodoh sombong.
haa mula la nak merepek bukan-bukan.

Ni kalau merepek lebih ada pula kutu-kutu tu kata tak boleh terima kenyataan. Hendak terima kenyataan macam mana lagi kalau dah dia buat benda tu salah ,Lepas tu kita hendak perbetulkan.

lepas tu dia tak terima pula pandangan kita. Last-last bila hasil kerja tu jatuh kat tangan bos, semuanya salah.. aku pula yang hendak perbetulkan balik. Padahal dah bagi tahu dah benda tu memang salah. Hendak guna idea dia juga yang betul.

huh...... geram pun ada.

08 Mac 2012

Boy selalu lepak mana korang nak tahu tak? jom... tengok

jeng jeng... jawapanya adalah?

    a)facebook
b)twitter
c)google

..Pilih ..

Mana satu boy selalu ronda ok teka la hehe, laa tak pe  nanti boy tolong jawab kan, sebenarnya  dalam tiga3 jawapan tu A,B,C

Boy paling minat C. Pasal apa boy minat C... ok jom kita saksikan gambar-gambar kat bawah ni. antara sebab musabab boy minat C.




segala2 nya ada.... hanya melayari google je,, leh update f/b ,twitter, yahoo.com. macam-macam news ada luar negara dalam negara leh katakan semuanya leh tengok. wahhhh best la google ni.

korang pula ?

selalu lepak kat mana?

mesti jawapanya 
facebook

kalau tak pun 

twitter

ya la,facebook dan twitter kan tengah meletop dan top website. leh dikatakan semua ada akaun sendiri. kalau satu famly tu ada 10 org ,9/10 pasti ada memiliki akaun facebook dan twitter. Tak salah tu, atas diri masing-masing. Kita fikir fositive dapat kawan pun ramai, seluruh penduduk dunia ni, Add ja nak kawan siapa pun. Kalau dia nak kawan kita dia bagi lah resporn. Kalau tak nak, kita pun tak leh nak paksa. Takan la kita nak paksa orang kalau orang tak nak kawan kita.

Tp bagi boykan
 yang paling best sangat-sangat. lepak kat blog sendiri hehe..... walau pun buruk ke? smart ke blog tu  kepuasan hati ada. hasil dari tangan dan idea sendiri.




07 Mac 2012

FBI vs Anonymous

Menurut laporan Biro penyiasatan persekutuan AS (FBI) mengumumkan tuduhan enam ahli kumpulan pengodam yang berkaitan dengan cyber attacks kerajaan dan laman web korporat

Lebih daripada satu juta mangsa telah terjejas dalam kejadian hacking melibatkan enam hacker. Lima penggodam komputer di Amerika Syarikat dan luar negara telah didakwa hari ini, dan keenam mengaku bersalah bagi kesalahan jenayah Hacker komputer dan lain-lain


Nama-nama yang terlibat dalam avtiviti itu adalah

Ryan Ackroyd a.k.a lol lolsoon
Jake Davis a.k.a Topiary,atopiary
Darren Martyn alias pwnsauce, raepsauce, networkingkitten
Donncha O'cearrbhail a.k.a paladium
Hector Xavier Monsegur alias sabu ,Xavier Deleon ,leon
Jeremy Hammond alias anarghaos,Sup_G
crediblethreat.

-Ackoroyd, Davis, Martyn dan O-cearrbhail memperkenalkan dirinya sebagai (Anonymous, internet feds atau lulzsec.


telah didakwa oleh makamah persekutuan Manhattan disebabkan mengodam komputer yang melibatkan Hacks Fox Penyiaran syarikat ,sony gambar dan perkhidmatan penyiaran awam.

caj-caj yang dikenakan terhadap mereka adalah sepertinya tersenarai dibawah ini.

LAYARI LINK INI : HACKING CONSPIRACY

06 Mac 2012

Kenapa manusia ni kejam sangat :(

wahh ciut nya

tetapi
...........................................
kenapa?
----------------
kenapa?
-------------------------------------------
       kenapa?????


kau ni kejam sangat haaaaaa
sanggup kau buat tukul kepala anak kau sendiri?
kau tak tahu ke anak tu adalah anugerah?
kau tak tahu ke? kau ni jenis manusia apa ni?
he.... haiwan pun reti lah.. sayang anak dia.
gara-gara engkau lah
orang nilai manusia sekarang ni sama ja tak sayang anak..
semuanya gara -gara ada perangai yang macam engkau ni.
ishhhh ishhhh geram nya aku..... sampai hati ko buat anak ko macam gitu.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

kau sanggup tukul anak hingga dia hilang nyawa.
sedih sangat-sangat. ibu kejam tu patut terima
 hukuman yang setimpalnya

anak suatu hari nanti anak akan jumpa juga 
ibu kejam anak tu.
anak tunggu je dekat sana ya.
biar ibu kejam tu tahu azabnya..

05 Mac 2012

Cara membuat kobis palsu

aik,, dah  ada kobis palsu pulak dah.emm   semua benda hendak dipalsukan zaman sekarang ni kan. 
rambut palsu, gigi palsu, pokok palsu, bunga palsu dan banyak lagi yang sealiran dengan palsu ni.

Tu benda tak heran la sangat palsu ke apa kan. Yang ni kes popoan palsu dan lelaki palsu makin berlambak pulak wujudnya. Dunia-dunia, napa la jadi macam gini.

ehh.. jom kita sambung  entry cerita pasal kobis palsu nasib baik tersedar awal kalau tak, Melalut ceritanya mengenai popoan dan lelaki palsu.

okeyy jom kita perhatikan satu persatu cara-cara membuat kobis palsu. Resepinya boy tak tahu. Gambar ni pun boy ambik kat dalam internet ni jugak. 

Kalau boy ambil gambar ni masa orang tengah buat kobis palsu tu, Leh jadi boy tahu jugak cara buat.
senang boy cerita kat korang.