Takkan aku nak setel kan kerja semalam disetelkan hari ni. Dan penugasan hari ni pun nak disetelkan hari ni serabut le jiwa aku kalau macam tu tak lama masuk wad jadi nye.
Nak merungut pasal buat kerja tak boleh juga. Kalau tak kerja kat mana nak dapat rezeki kan. Siapa nak bagi duit makan, duit minyak moto,kereta keluarga kelengkapan baju seluar dan banyak lagi le yang berkaitan keperluan dan kehendak ni. Shukur le dengan apa yang ada.
walaupun berkerja disektor kerajaan dan tiada memiliki bisnis tersendiri. Cukup-cukup makan ada le, nak kata kan kaya tu memang tak le, Hanya mampu untuk keperluan harian tu ada.
(ala la,,,, sedihnya )
gambar hiasan
Ada orang kata duit ni bukan segala-galanya. Tapi kalau tanpa duit juge aku pun no komen memang susah nak cakap pasal pekara tu. Tapi kalau ada memiliki duit beribu-ribu ke berjuta-juta ke. Jangan le lupa ye..akan orang susah.
Kalau kita kaya macam mana pun budi bahasa tak de, sombong pula tu. takkan kemana, benda yang ada kat dunia ni tak akan kekal. meninggal je kita nanti bukan nya boleh bawa gi mati pun. Tinggal semua benda tu, hasil kekayaan harta duit, mas, kereta sport, rumah banglo dan semua harta le.
lepas tu orang akan kenang kita, "ehh dia tu dulu kalau ko nak tahu sombong sesangat, tai hidung masin plak tu"
haa,, ayat mcm gini yang tak sedap hati nak dengar tu. Memang le kita masa tu tak dengar sebab dah tiada.
Yang pastinya, keburukan kita semasa hidup orang kenang berzaman-zaman, kebaikan langsung tak de.
ya lah kan... sebagai seorang manusia ni memang tidak lari dari kesilapan, tetapi kesilapan kita boleh ubah le. tanpa bantuan sesiapa, tu pun sekiranya kesilapan tu berpunca dari kita sendiri. Tanya je "HATI" nak berubah ke tak nak. Terpulang kan tu hak individu. Bagi boy le kan hidup ni perlu berubah ke arah kebaikan walaupun menghadapi pelbagai rintangan.
............................................................................................................................................................
luahan iklas
Mr-boy.
"bermaafan adalah kunci utama pendamaian"
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
0 comments:
Catat Ulasan