✿Sarawak Blogger✿ Bila dah senang langsung tak ingat orang - Marvin Mawan

18 Februari 2012

Bila dah senang langsung tak ingat orang

Ramai yang bersikap gini  bila senang lupa dah kat kawan lama,  Dulu masa belum senang sama-sama mengharungi situasi susah. Kawan tu yang tolong sampai hati dah dapat gading tanduk pun dibaling.

Tak semua juga segini gaya ada gak yang baik, dan ingat mana dataran mana lautan. Yang tak baik tu tetap bermain ombak kat lautan tu dan lupa nak balik ke dataran sebab shok sangat main ombak.

Jangan dibuat sangat main ombak tu bahaya. Takut-takut terdampar pula kedarat juga pergi nya. betui ni benda pernah jadi. Ego bukan main lagi jumpa kat bandar ada yang tak mengaku saudara pula tu. chess,,,, tegamak.

Tu sesama saudara kalau kawan lagi le jadi perangainya entah-entah nampak bayang belakang je dah celok kat celah-celah banggunan takut berselisih. Konon-konon malu le tu nak sembang ngan orang susah. sebab dia dah senang. peh,,,,

bio je le hak dia,, nak wat gitu..
tak kan kita nak sibuk-sibuk nak ubah. nanti org kata
paku serpeh dia yang lebih. baik diam je, tengok je gelagat tak bekk dia tu. Jangan sombong dengan apa yang dimiliki..sebab kita ni bukan puak-puak kita je duduk kat dunia ni pelbagai bangsa pelbagai bahasa yang tengok perangai kita tu.

Tapi jangan pula nak tunjuk diri tu baik sangat sampai satu dunia nak dihebohkan. Biar orang tahu sendiri kebaikan kita kat orang jangan pula kita yang nak hebohkan tu dah minta puji nama nya.

ok lah,, aku luahkan apa yang tersirat, mana ada yang setuju dan tak setuju tu perpulang le hak masing-masing nak nilai. Aku leh terima pendapat sesiapa pun,... Jangan risau le,, small kes je tu.

0 comments: